Monday, March 07, 2005

Victory at last!

Lawatan Bujang Senang ke Stadium Lumut malam tadi memang membuahkan hasil dan membawa perkhabaran baik kepada penyokong Bujang Senang di Bumi Kenyalang. Setelah seri 1-1 dengan PKNS, tumpas 3-1 di tangan Negeri Sembilan dan paling mengecewakan seri 0 - 0 dengan PDRM, kemenangan ini memang amat diperlukan oleh Davit Mitchell. Kedudukan kedua tercorot liga sebelum perlawanan bermula mengundang kritikan panas dari penyokong setia Bujang Senang. Ada yang menyalahkan David Mitchell kerana pemilihan pemain import yang tidak sesuai, tidak kurang juga yang menyalahkan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) di atas kepercayaan penuh yang diberikan kepada Davit Mitchell dalam pemilihan pemain, dan paling ramai yang menyalahkan kesemua pemain import Sarawak kerana tidak banyak memberi sumbangan kepada pasukan terutama sekali Shane Thompson dan Baranimir Mikulic. Tetapi kemenangan penuh bergaya 4-1 malam tadi sudah tentu memadamkan seketika api amarah rakyat Sarawak.

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com
Dari kiri..Stuart McLaren, Suharmin Yusof, Kamarulzamman

Gol jaringan pemain bek Fadli Kassim pada minit ke 10 membuka tirai jaringan Sarawak. Pada minit ke 35 Aiseksana PeterUaemabuo memastikan kedua pasukan ini terikat pada 1-1 pada separuh masa. Walauapapun yang di arahkan oleh David Mitchell kepada anak buahnya di bilik persalinan, ternyata membuahkan hasil kerana Sarawak bermula garang pada separuh masa ke dua. Suharimin Yusof yang dibeli dari Negeri Sembilan memastikan Sarawak mendahului lagi pada minit ke 55. Hasil latihan yang beterusan dilakukan oleh Kamarulzaman ternyata membuahkan hasil kerana pada minit ke 66 sepakan penalti nya menerjah gawang lawan membawa kepada kedudukan 3-1. Stuart Mc Laren memastikan Sarawak menenag bergaya apabila penalti pada minit ke 80 mematikan terus usaha Perak Jenderata untuk melawan.

Kemenangan pertama selepas 4 perlawanan liga telah meletakkan Sarawak di tanga ke 5 mendahului Johor FC hasil perbezaan gol yang lebih besar.

Satu ingin saya tekankan di sini, kesemua gol Sarawak kecuali jaringan Suharmin Yusof, dijaringkan oleh pemain pertahanan. Fadli Kassim, Stuart McLaren, dan Kamarulzamman. Ini bukan lah satu perkhabaran gembira buat kem Sarawak kerana ternyata barisan hadapan tidak befungsi dalam menterjemhakan aturan susunan permainan menjadi gol. Tumpuan perlu lebih banyak di beri dalam memastikan gandingan Mikulic-Suharmin dapat terus menjaringkan gol.

Apa - apapun tahniah buat pasukan Kenyalang, di harap kemenangan ini menjadi titik tolak kepada kejayaan yang lebih lagi di masa akan datang. Johor bertandang selepas ini. Jangan persiakan tonik yang datang dari perlawanan ini.

NGAP AJAK!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home