Thursday, February 17, 2005

Good luck to our boys!

Kelab Divisyen 2 Liga Inggeris Bournemouth


Tiga anak Malaysia akan dihantar untuk berlatih seterusnya menjalani pemilihan bersama kelab AFC Bournemouth di England. Pemergian Fadzli Shaari, Syamsuri Mustapha dan Lim Chan Yew ke England dari 1 Mac hingga 21 Mac sesungguhnya membawa harapan 25 juta rakyat Malaysia yang kepingin menyaksikan anak Malaysia beraksi di luar negara. Usaha UMNO dalam memastikan FAM dapat menghantar 3 pemain yang di rasa paling layak untuk menjalani latihan dan pemilihan di Bournemouth seharusnya di puji. Dengan pengaruh dan 'networking' yang ada sudah pasti tidak menjadi masalah kepada parti 'seperkasa' UMNO untuk memajukan bola sepak Malaysia. Pertanyaan yang saya ada disini adalah, mengapa perlu tunggu hingga sekarang ?

Telah tiba masanya UMNO menggunakan pengaruh yang mereka ada untuk kepentingan raykat


Bukan menjadi niat saya untuk mempersoalkan apa yang saya lihat sebagai tangungjawab UMNO kepada bola sepak tempatan long overdue, tetapi usaha sebegini rupa sepatutnya lebih banyak di ambil oleh pihak yang lebih berkemampuan dan berpengaruh.

Ok kita ketepikan isu itu (terima kasih sekali lagi UMNO. Anda memang sayangkan bola sepak anda!) Saya di sini berasa gembira yang teramat sangat. Tatkala Hj. Zainal Abidin Rawop mengumumkan perihal ini di segmen sukan berita TV 1, saya bertepuk tangan tanda syabas. Saya bertepuk tangan kerana saya tahu mereka semua layak. Saya bertepuk tangan kerana masih ada yang sayang, masih ada yang prihatin. :D

Sebelum mesyuarat exco FAM tempoh hari, telah timbul desas - desus yang FAM akan menghantar 3 pemain ke England untuk menjalani latihan dan pemilihan bersama salah satu pasukan di sana. Pada mulanya FAM berperancangan untuk menghantar 3 pemain pertahanan ke sana. Antara pemain yang telah disenarai akhir kan adalah Norhafiz Zamani Misbah, Khaironissam Shahbudin dan Rosdi Talib. Sebab di belakang pencalonan kesemua pemain pertahan untuk di hantar ke England masih menjadi misteri kepada saya sehingga sekarang. Tapi apabila senarai akhir itu di umumkan, hanya pemain Public Bank, Lim Chan Yew merupakan seorang pertahanan. Manakala semua sedia maklum posisi Syamsuri dan Fadzli sendiri.

Saya tidak mempunyai apa - apa maklumat berkenaan dengan Lim Chan Yew. Ketika pengumuman itu, itu adalah pertama kali saya mendengar nama beliau. Saya agak terkejut pada mulanya dengan pemilihan beliau tapi saya percaya FAM mempunyai sebab - sebab yang tersendiri. Untuk memilih seorang pemain pertahanan yang tidak ternama sambil mengenepikan 2 botak pasukan kebangsaaan, Norhafiz dan Khaironissm sememangnya memberitahu kita bakat yang dimiliki oleh Chan Yew.

Syamsuri berjanji untuk melakukan yang terbaik

Berkenaan dengan Syamsuri Mustapha, anak kelahiran Terenganu ini menyatakan rasa bersyukur yang teramat sangat dan berjanji untuk melakukan yang terbaik kerana pada beliau peluang sebegini rupa hanya datang sekali seumur hidup. Ketangkasan dan keupayaan beliau saya tidak akan persoalkan lagi kerana untuk 2 tahun yang lepas, beliau memegang kedudukan sebagai penjaga gol nombor 1 negara walaupun saban minggu Wan Kamarulzamman membuktikan yang beliau telah kembali ke tahap terbaik beliau ketika bermain untuk Sarawak.

Kamarulzamman...gigih bersama Sarawak bagi memastikan kembali ke skuad kebangsaan

Persembahan cemerlang ketika Piala Tiger baru - baru ini mengukuhkan sebab mengapa beliau layak untuk ke England.

Aksi terbaik Fadzli adalah ketika menentang Indonesia di Gelora Bung Karno

Jika peluang sekali seumur hidup milik Syamsuri, maka peluang ini merupakan yang ke - 2 pada sumur hidup Fadzli Shaari. Beliau pernah di hantar untuk menjalani latihan selama 8 bulan di kelab SV Wehen di Jerman bersama rakan sepasukan di Pahang, Juzaili Sameon. Pemilihan beliau juga saya amat alu - alukan kerana pada umur yang begitu muda (22) beliau telah menampakan kematangan yang melangkaui umur beliau. Digandingkan bersama Indra Putra di jentera hadapan pasukan Pahang, Fadzli telah meledakkan 3 gol setakat ini untuk Pahang pada kempen Liga Super. Diletakan di sayap kanan oleh Bisckei untuk pasukan kebangsaan menunjukkan kebolehan beliau untuk bermain di apa - apa posisi di bahagian hadapan. Permata muda bola sepak kebangsaan, sesunguhnya saya meletakkan harapan yang tinggi kepada beliau untuk terpilih mewakili Bournemouth.

Syabas anak watan ku, sesungguhnya tiada lain dari harapan yang mengunung tinggi daripada kami ribuan batu di Malaysia. Kami serba maklum bakat yang ada semua miliki layak untuk di pertontonkan kepada dunia, biar mereka sedar kita juga berbakat. Kita juga berkebolehan. Iringan doa saya turutkan dengan pemergian anda semua 1 Mac nanti.

Sebelum kita berjaya, jangan harap kami pulang.

Itulah sumpah pendekar kita, untuk ibu pertiwi.


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home