Thursday, February 10, 2005

Ke mana hala tuju bola sepak kita?

Datuk Dell Akhbar Khan


Ahad yang lepas senario bola sepak tempatan dikejutkan dengan perletakkan jawatan Setiausaha Agung FAM, Datuk Dell Akhbar Khan dan Pembantu Setiausaha, Datuk Yap Nyim. Perletakkan jawatan ini dikatakan mengejutkan bukan sahaja peminat bola sepak tempatan malah Presiden FAM sendiri Sultan Ahmad Shah. Timbul persoalan di sini apabila hebat diperkatakan Datuk Dell sebenarnya telah ingin meletak jawatan pada penghujung kalender bola sepak tempatan tahun lepas tetapi komitmen terhadap Piala Tiger telah menghalang dia berbuat demikian. Antara sebab yang disebut - sebut menjadi asbab kepada perletakan jawatan ini adalah rasa tidak puas hati Datuk Dell terhadap tindakan pengurusan FAM sendiri dalam menangani isu pertukaran jadual di sepanjang kempen Liga Super, Liga Perdana, dan kejohanan Piala FA. Pindaan jadual yang dibuat lebih dari sekali telah menimbulkan pelbagai masalah bukan sahaja kepada pihak pengurusan malah telah membuat peminat berasa muak dengan pengurusan kelas 3 yang di tunjukan oleh pengurusan FAM.

Beberapa kali jadual Liga Super telah di pinda akibat komitmen FAM dengan kejohanan lain yang melibatkan pasukan kebangsaan seperti kelayakan Piala Dunia dan Kelayakan Olimpik. Paling teruk adalah apabila tarikh perlawanan akhir piala FA antara Perak dan Terengganu telah di tunda bagi memenuhi pemintaan AFC supaya perlawanan akhir itu tidak bertembung dengan perlawanan pembukaan kejohanan Belia Asia. Juga tidak ketinggalan insiden perlawanan Liga Perdana yang melibatkan Johor FC di Stadium Pasir Gudang tidak dapat dijalankan akibat ketiadaan pengadil. Ini kerana pihak pengadil tidak dimaklumkan tentang penukaran tersebut.

Pekara ini sungguh memalukan di era bola sepak kita tengah menuju ke arah 'super'. Mentaliti kelas 3 yang ditunjukkan oleh FAM benar - benar telah mengecewakan jutaan peminat yang masih sayangkan bola sepak tempatan. Dengan kesilapan seperti yang telah dilakukan mereka telah menampakan kelemahan dalam struktur pentadbiran FAM. Tampuk kepimpinan tertinggi bola sepak tempatan tidak lansung menunjukkan kesungguhan dalam memperbaiki mutu bola sepak tempatan. Jika tiada perubahan mentaliti yang dibuat oleh yang tertinggi, yang mengetuai, sampai bila anak - anak buah akan ikut serta. Bola sepak kita akan sentiasa berada di takuk lama, di tahap lama jika pindaan jadual perlawanan masih menimbulkan masalah kepada FAM. Sayang sekali.


Sultan Ahmad Shah


Menurut Sultan Ahmad Shah lagi, FAM memerlukan seorang Setiausaha Agung yang dapat bekerja sepenuh masa bukan mempunyai profession lain di luar. Satu sindiran pedas buat Sultan Ahmad Shah. Kenyataan tersebut seperti menunjukkan yang episod porak poranda pada musim lepas adalah akibat ketidak upayaan Datuk Dell memberikan komitmen sepenuhnya kepada tugas selaki Setiausaa Agung tidak seperti Datuk Paul Mony sebelum ini. Ini sesuatu yang amat memalukan. Saya sedih kerana terdapat pengamalan sikat 'bangau o bangau' dalam hal ini.

Pada hemat saya jika ada sesiapa yang patut letak jawatan, Sultan Ahmad Shah lah yang patut
meletak jawatan. Di sepanjang kepimpinan beliau selaku Presiden FAM, saya tidak dapat menamakan satu pun peningkatan dalam mutu persembahan dan pentadbiran FAM. Tidak satu pun! Kecuali beberapa aktiviti ringan seperti pelancaran Liga Super yang pada pandangan saya tiada apa yang super kecuali persaan syok sendiri FAM.

Semalam saya menonton perlawanan Jepun - Korea Utara pada Kelayakan Piala Dunia Zon Asia. Sepanjang perlawanan tersebut saya rasa kagum bercampur dengan sedih yang teramat. Kagum dengan semangat yang di tunjukan oleh pemain Korea Utara, peminat Korea Utara, mutu permainan Korea Utara. Sedih kerana dengan apa yang kita ada, saya sepatutnya berada di Saitama menyokong pasukan Malaysia bukan menyokong pasukan lain. Sampai bila? Sampai bila kita hanya duduk di peti televisyen mengagumi permainain pasukan yang datang dari negara antara termiskin di dunia. Mereka mampu lakukanya, mengapa tidak kita yang mempunyai prasarana yang serba canggih dan terkini?

Sultan Ahmad Shah pada awal musim lepas pernah menyarankan agar kita semua, 25 juta rakyat Malaysia untuk menyayangi bola sepak tempatan.

Kami telah buktikan, yang kami memang menyayangi bola sepak kami, kami memang cintakan bola sepak kami. Saya memang cintakan pasukan Sarawak saya, pasukan Malaysia saya. Persoalan yang saya ingin tujukan kepada Sultan Ahmad Shah dan Tengku Abdullah di sini, "ADAKAH KAMU SEMUA MENYAYANGI BOLA SEPAK KITA?"

1 Comments:

Blogger KamalKzaman said...

komentar yg amat ikhlas, telus, direct to the point and amat berani... heheh ni kalo org2 kerajaan baca mau kena masuk ISA> anyway... people like u should be in the media to prove that what u claim is rite okay?? heheh keep it up!

9:46 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home