Tuesday, January 25, 2005

Indra Putra Mahiyuddin

Nama Indra Putra kembali meniti di bibir peminat sekali lagi pada hari ini. Persembahan memberansangkan malam semalam beraksi untuk pasukan Pahang pada perlawanan juara FAM - FAS telah berjaya mencuri tumpuan banyak pihak. Kemunculan beliau untuk di temubual sejurus selepas perlawanan itu untuk slot Sportcenter di ESPN menunjukkan keyakinan beliau, bagi memperagakan aksi lebih bermutu pada kejohanan Liga Super tahun ini.

Pemenang kasut emas untuk Liga Super eidisi yang pertama ini menyuarakan keinginan beliau untuk mengulangi pencapaian yang sama pada tahun ini. 15 gol yang dijaringkan beliau pada tahun lepas menunjukan kaliber beliau sebagai penyerang yang berbisa untuk pasukan Pahang. Malangnya persembahan yang kurang meyakinkan di peringkat akhir liga dan Piala Malaysia telah menyebabkan beliau tidak dipilih untuk beraksi di kejohanan Piala Tiger yang baru melabuh tirainya minggu lepas. Ketiadaan beliau dan beberapa tonggak lain lagi sedikit sebanyak telah menjejaskan peluang Malaysia untuk menjuarai kejohanan terulung rantau Asia Tenggara.

Pada peralawanan malam tadi Indra membuka tirai jaringan yang menyaksikan Pahang menewaskan juara liga dari Pulau Republik dengan jaringan 4-1 meletakkan agreget pada kedudukan 5-2. Jaringan bergaya dari Indra melihatkan ketenangan dan keyakinan Indra dihadapan penjaga gol, sesuatu yang 'ghaib' pada Amri Yahyah dan Khalid Jamlus.

Saya mula meminati Indra ketika dia beraksi untuk pasukan Perak lagi pada usia belasan tahun. Menjadi lumrah kepada saya untuk memberi tumpuan lebih kepada pemain kidal. Kebetulan Indra adalah seorang pemain sayap kiri yang cukup lincah ketika masih berkhidmat untuk pasukan Perak. Didikan Allan Harris telah mengilap bakat yang ada pada Indra betukar menjadi salah satu permata negara. Persembahan pada sukan SEA 2001 dan 2003, Piala Tiger 2002 dan beberapa lagi perlawan antarabangsa lain untuk pasukan Malaysia telah menampakkan bakat anak muda ini sebagai salah seorang pemain penyerang paling berbakat rantau ini. Bermula tahun 2003, Allan Harris pada ketika itu cuba untuk meletakkan Indra berpasangan dengan Akmal Rizal dan di sokong oleh Hairuddin Omar di belakang. Ternyata gandingan 3 serangkai ini mengerunkan mana - mana barisan pertahan rantau Asia Tenggara.

Kehebatan Indra sebagai penyerang lebih terselah lagi apabila meledakkan 15 gol untuk pasukan Pahang ketika aksi liga super dan terus menobatkan beliau sebagai pemenang kasut emas musim lepas. Malang sekali, kemerosotan persembahan yang amat ketara telah menyebabkan beliau tidak terpilih untuk terus berbakti manyarung jersi kuning Harimau Melaya.

Janji Indra sebentar tadi di Sportcenter menceritakan beberapa pekara. Satu, beliau telah melupakan episod duka tidak terpilih untuk bermain di Piala Tiger. Bayangkan khidmat yang boleh diberikan oleh Indra pada ketika Amri dan Khalid gagal untuk memanfaatkan banyak peluang di hadapan gol. Janji beliau sebentar tadi juga telah memberi peringatan kepada Bertalan Bisckei betapa beliau masih merupakan pengempur paling berbisa negara. Terakhir beliau telah menyatakan kesediaan beliau untuk terus mempertahankan kasut emas yang dimenangi beliau dan kemengan musim lepas bukan lah nasib semata - mata.

Teruskan usaha murni anda Indra kerana saya sedar semua pihak akan beruntung jika anda meneruskan kehebatan yang kami semua yakin, tahu, dan percaya, anda ada. Pahang akan terus beruntung kerana mempunyai penyerang berbakat seperti Indra, tetapi yang lebih penting lagi pasukan Malaysia akan terus mempunyai permata yang telah mengembalikan sinar nya.

MALAYSIA BOLEH!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home