Sunday, January 09, 2005

Hidup ini mesti diteruskan

Esok genap seminggu pasukan kesayangan saya melukakan hati nurani ini. Esok genap seminggu saya meratapi gol Ilhan Jaya Kesuma. Esok genap seminggu saya menyatakan sayang saya yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan Malaysia dengan berjanji akan terus menyokong walau apa pun terjadi.

Bagi merayakan kesemua 'genapan' itu mari kita sama - sama tinggalkan semua itu. Biar ia menjadi memori 'indah' untuk dijadikan cerita kepada anak cucu kita bagi meniduri mereka satu hari nanti.



Hari ini berlansung cabutan undi untuk pembahagian kumpulan bagi pertandingan Liga Perdana Malaysia bagi menentukan pasukan yang beraksi di kumpulan 1 dan 2. Hotel Regent akan menjadi tuan rumah kepada acara penuh bermakna ini. Keputusan hari ini bakal menentukan kedudukan kesemua pasukan yang 'kepingin' untuk beraksi di liga serba mewah ala - ala Liga Juara - Juara Eropah, Liga Super.




Bagi pasukan Sarawak, ini adalah kali pertama sejak tahun 1991 Sarawak beraksi di liga 'kelas 2' ini. Saya sendiri masih samar - samar tentang kedudukan pasukan Sarawak. Siapa barisan pemain? Barisan pemain import? Siapa jurulatih yang akan melatih pasukan Sarawak? Sehingga kini apa yang saya tahu hanyalah dari borak kedai kopi dari laman forum. Sarawak akan di latih oleh David Mitchell bekas jurulatih Selangor. Dia akan membawa bersama 3 orang pemain import yang elok pada pandangan mata nya. Wong Sai Kong, cukup baik untuk bermain untuk pasukan kebangsaan tetapi tidak untuk pasukan Sarawak, sekarang telah bersama pasukan Public Bank. (You are always my favourite WONG! Hope you will make a return!) Kamarulzamman masih sanggup berbakti dengan pasukan Sarawak. (Thanx a lot!) Itu sahaja cebisana maklumat yang saya ada berkenaan dengan pasukan Sarawak. Tidak banyak yang saya harapkan pada edisi kali ini, hanya persembahan yang lebih baik berbanding tahun lepas. Jangan biarkan bola sepak Sarawak terus di perkotak katik.

-ngap ajak!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home