60,000 TERTIPU!
Sebagai memetik tajuk Harian Metro hari ini. 60,000 di stadium tidak termasuk berjuta - juta yang menyaksikan nya di rumah. Saya antara yang tertipu. Pepatah Melayu ada menyebut "Patang Mengalah Sebelum Ajal". Saya beranikan diri menahan sebak di dada, menahan titisan air mata sekali lagi bagi menyatakan rasa yang terbuku di hati.
Satu kesimpulan mudah yang saya dapat buat berkenaan dengan persembahan mengaibkan pasukan kesayangan saya pada malam tadi adalah, orang Malaysia terlalu selesa dengan kemewahan. Orang Malaysia tidak pernah susah. Akibat dari keselesaan yang di alami ini lah yang menjadikan kita mudah mengalah. Rakan - rakan kita dari negara seberang, telah melalui pelbagai kesusahan. Krisisi politik dan ekonomi 1998 telah mengajar generasi baru Indonesia tentang erti kesusahan. Betapa mereka perlu bekerja keras bagi merasai sedikit keselesaan. Tidak kita di sini. Tidak kita di bumi bertuah ini.
Setelah bertarung berhabis - habisan pada separuh masa pertama mata hati saya telah dibutakan dengan perasaan ghairah, seronok menyaksikan, memikirkan kemungkinan beraksi nya Harimau Malaya di peringkat akhir. Saya lupa, saya alpa yang Malaysia tetap Malaysia. Mudah mengalah, cepat berputus asa adalah sikap generasi Malaysia masa kini. Pada kedudukan 1-1, barisan midfield yang dipimpin oleh Saudara Shukor Adan telah mengalah. Tidak lagi mahu mengejar bola, tidak lagi mahu menutup ruang. Dibiarkan saja barisan tengah Indonesia memperbudak - budakan pasukan dari negara yang kononnya Ketua Negara Dunia ke 3. Percaturan Bisckei yang mengeluarkan pemain terbaik skuad kebangsaan, Liew Kit Kong benar - benar membawa padah. Tapi Bisckei sedar, skuad pimpinan nya mentaliti telah lemah padah kedudukan 1-1. Satu - satunya tindakan rasional Bisckei adalah memasukkan pemain pertahanan untuk membantu barisan pertahanan yang diserang seperti pengebomam bertali arus di Tora Bora dan Falujjah oleh Amerika.
Saya tidak salahkan Bisckei. Tapi saya geram dengan sikap mudah mengalah pemain Malaysia. Khalid dan Amri memang tidak pernah diberikan harapan oleh saya untuk mengetuai, mengepalai barisan serangan. Tiada keserasian lansung yang di tunjukkan oleh mereka berdua sepanjang kejohanan ini.
Malam tadi kami semua rakyat Malaysia telah membuktikan bertapa kami, masih sayang pasukan kebangsaan kami. Najib Tun Razak, Adzalina Othman juga menyanyangi pasukan kebangsaan kami. Kepada barisan penyokong yang memberi kan semangat, mendoakan kejayaan pasukan kebangsaan dari beribu batu di London, juga menyayangi. Tapi kami tidak layak. TIDAK LAYAK SAMA SEKALI untuk disajikan dengan NAJIS. Sayang saya tidak pernah luntur, semangat saya tidak pernah luntur. Saya sedar, saya tiada lagi pasukan kebangsaan lain untuk di sokong. Oleh itu, kesetiaan saya memang tidak patut di persoalkan. Tetapi, jangan sama sekali mempermainkan kesetiaan kami. Bahananya amat besar. Kepercayaan yang telah lama hilang telah kembali dalam bentuk 60,000 (80,000 pada firasat saya) penonton di Bukit Jalil.(Kepada Adi Wahyu that is a very BIG number to a country that is obsessed with its' PENJAJAH's league ie.EPL) Kepercayaan ini saya berani jamin, saya berani jamin di sini tidak akan kembali lagi. Tidak akan kembali lagi dalam masa yang lama.
Sebelum kejohanan ini bermula saya telah perkatakan andai kata kita gagal jari ini akan saya tundingkan kepada beberapa pemain. Hairuddin Omar, Tengku Hazman, dan Yusri Che Lah. Sebelum kejohanan ini bermula pemain - pemain senior ini telah di panggil untuk mengikuti latihan pusat. Tetapi, akibat daripada kecederaan mereka dibenarkan kembali untuk berehat supaya sihat untuk menyertai Kejohanan Piala Tiger. Malangnya ketiga - tiga tunjang barisan serangan ini beraksi untuk pasukan negeri masing. Malah Tengku Hazman dan Yusri Che Lah sempat beraksi di peringkat akhir. Tindakan mereka telah menjejaskan perancangan jurulatih kebangsaan lantas memaksa beliau untuk berpuas hati dengan Shukor Adan, Amri Yahyah, dan Khalid Jamlus. Mintak maaf di sini bukan tujuan saya mengutuk tetapi jika hendak dibandingkan ketiga - tiga pemain ini dengan tiga pemain yang lebih senior yang saya sebutkan tadi memang berbeza bagai langit dengan bumi. Di dalam keadaan tertekan seperti pada kedudukan 1-1 malam tadi, disitulah pengalaman menjadi elemen penting. Jelas sama sekali pemain kita goyah akibat mentaliti lemah. Mentaliti layu. Mentaliti klasik Malaysia!
Myanmar akan menjadi lawan pada perlawanan yang di anggap pencukup jadual. Sokongan tidak akan luntur di hati seorang peminat ini. Sayang tidak akan luntur di hati seorang peminat ini. Tetapi kecewa, kecewa dengan balasan kesetiaan. Harapan saya perlawanan dengan Myanmar tidak berakhir dengan keputusan yang mengaibkan.
Kepada Saudara Rosdi Talib dan anak - anak buah sekalian,
JANGAN PERSOALKAN KESETIAAN KAMI. PERSOALKAN KOMITMEN ANDA SEMUA, SEMANGAT ANDA SEMUA. PERSOALKAN KEINGINAN ANDA SEMUA, PERSOALKAN PERSAAN SAYANG ANDA SEMUA.
KEPADA JUTAAN PENYOKONG MALAYSIA SEKALIAN SEKALUNG PENGHARAAN DAN TAHNIAH SAYA BERIKAN. ANDA SEMUA MEMBERI SEMANGAT KEPADA SAYA UNTUK TERUS BERJUANG DEMI NEGARA. ANDA SEMUA MEMBERI KEPERCAYAAN KEPADA SAYA BAHAWA SEMEMANGNYA "KITA SAYANG BOLA SEPAK KITA!"
3 Comments:
tolong baca komen saya di theroadie.tblog.com
theroadie
Sejujurnya kemenangan tersebut didedikasikan untuk saudara2 kami di Aceh dan Sumatra Utara. Solidaritas diwujudkan dengan memenuhi setiap pertandingan Merah Putih dan timnas kami pun ingin mempersembahkan sesuatu bagi para korban. Motivasi kami sangat tinggi.
Jika kami mampu memenangi TigerCup tentu akan memiliki makna tersendiri terlepas dari kegembiraan menjuarai TigerCup. Kami mampu bangkit walau diterpai berbagai cobaan.
Okay my bro, thx for ur comment ;-)
Wassalaam
well said, saudara. well said...
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home