Wednesday, December 29, 2004

Harimau Malaya mangaum kembali

1 January 2005, bakal membuka lembaran baru bukan sahaja dalam kalender rakyat Malaysia, lebih penting lagi ia bakal menjadi tarikh keramat yang akan menyaksikan Malaysia kembali sebagai gergasi bola sepak asia tenggara. Satu status yang di pegang pada era 70an dan 80an kini bukan lagi milik Harimau Malaya.



Dua gol Liew Kit Kong di Gelora Bunkarno Utama Senayan meletakkan Malaysia di kedudukan selesa untuk pertemuan timbal balik di Stadium Nasional. Tidak di nafikan nasib memang banyak menyebelahi pasukan kebangsaan pada perlawan separuh akhir pertama malam tadi. Tetapi pujian memang saya tetap hamburkan kepada barisan berani, Harimau Malaya, yang berdisplin berjaya mengekalkan rentak mengikut perencanaan jurulatih.

Keputusan luar biasa malam tadi tidak akan bermakna jika Malaysia tewas di Stadium Nasional Sabtu ini. Kemenangan perlu di cari bagi memastikan Harimau Malaya terus beraksi di perlawanan akhir.

Pada perlawanan menentang Thailand, penyokong - penyokong setia pasukan Malaysia telah menyahut seruan Datuk Ibrahim Saad bedoyon - doyon datang memenuhi ruang yang ada bagi memberi sokongan padu kepada pasukan kebangaan. Jelas sekali, sekumpulan kecil 20,000 penyokong pada malam itu telah memainkan peranan meniup api semangat di hati setiap pemain Malaysia. Terutama sekali ketika ketinggalan 1-0 hasil kesilapan Wan Rohaimi. Barisan penyokong ini tidak berputus asa menyanyikan lagu Barisan Kita, yang pada laporan akbhar menceritakan tentang beberapa pemain Malaysia yang menitiskan air mata ketika mengasak kubu Thailand. Dengan iringan paluan gendang dan pekikkan padu penuh koordinasi, barisan penyokong ini berjaya memainkan peranan masing - masing dan meletakkan Malaysia pada pusingan seterusnya.

Sabtu ini, khidmat anda semua diperlukan lagi. Harimau Malaya akan hanya mengaum jika semangat di bekalkan. Jangan biarkan ia mengaum luka. Biarkan ia mengaum bangga. Terima kasih, jutaaan terima kasih diucapkkan kepada kelab penyokong Selangor, Perak, dan Kedah yang menyatakan persediaan untuk menghantar rombongan ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Sesungguhnya sokongan itu amat diperlukan.

AYUH, mari kita beramai - ramai wahai rakyat Malaysia. Berikan khidmat anda ketika Malaysia benar - benar memerlukanya. Kejayaan Sabtu ini, pasti akan manjadi titik tolak kepada kejayaan yang lebih besar. Terlalu lama, terlalu lama kita biarkan lumpur di palit di muka ini. Terlalu lama Harimau Malaya luka parah.

MALAYSIA BOLEH!

4 Comments:

Blogger FMZ said...

hehe..aku ada akaun blogger duhal. set la kau pun comment sect. so dat anynoymous boleh add comment. aku ada juak gantong bendera. railing beranda aku lain. ada difficulty sket. teket jemat tok. ko beli k!

1:55 AM  
Blogger A said...

see u there...

10:31 AM  
Blogger zulhardy said...

dah aku dah polah suma dah rupa2 nya boleh suma orang comment kat ctok heheh :)

11:01 AM  
Blogger zulhardy said...

did i actually wrote that?

12:12 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home