Friday, December 31, 2004

Tickets on sell, NOW!



Bermula dari hari ini, pada pukul 11 pagi, tiket perlawanan separuh akhir ke 2 Malaysia - Indonesia telah mula dijual. Kaunter tiket yang berhampiran dengan pintu KUNING merupakan kaunter yang beroperasi. Kaunter tersebut akan dibuka dari pukul 11 pagi hingga 6 petang setiap hari.


Tiket yang dijual pada hari ini adalah tiket yang akan masuk mengikut pintu hijau. Pintu hijau merupakan pintu yang mana pasukan gendang SFFC akan berada. Oleh itu, kepada sesiapa yang teringin untuk berada di tempat yang agaknya akan menjadi paling bising pada malam itu nanti, sila lah masuk dari pintu hijau.




Pada hari perlawanan, pintu akan di buka pada pukul 5 petang. Peralawanan hanya akan bermula pada pukul 8 malam. Datanglah lebih awal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas yang akan menjejaskan peluang anda semua untuk berada di stadium lebih awal. Lebih baik jika anda semua ambil cuti pada hari itu. Demi negara tercinta, KERANAMU MALAYSIA.

Penundaan tarikh perlawanan telah mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai pihak. Banyak yang kurang senang dengan tarikh tersebut kerana hari itu merupakan hari bekerja. Seperti yang saya cadangkan tadi, ambillah cuti. KERANAMU MALAYSIA. Sokongan kepada pasukan kebangsaan tidak patut berkurang semata - mata hari tersebut adalah hari bekerja. Kekhuartiran saya dapat rasakan di sini terhadap kehadiran rombongan penyokong yang dikendalikan oleh kelab persatuan Kedah dan Perak. Adakah penundaan tarikh perlawanan ini akan menjejaskan perancangan mereka? Saya sendiri masih belum pasti lagi.

Sabtu, Ahad dan Isnin. Ada 3 hari lagi. Sementara menanti tarikh itu, apakata jika kita beramai - ramai ke Wisma FAM untuk memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan yang sedang berlatih. Kepada yang tinggal di kawasan Kelana Jaya, ringan - ringakanlah kaki anda untuk ke sana. Tunjukkan semangat kita. It is now or never.

MALAYSIA BOLEH!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home