Sunday, January 16, 2005

Pasukan Malaysia::Satu analisis amatur

Bersempena dengan berakhirnya pelawanan pada malan tadi saya akan akhiri review Piala Tiger 2004 dengan satu analisis amatur berkenaan dengan pasukan kebangaan, kesayangan saya ini.
1. Mohamad Syamsuri Mustapha
Rating : 7 /10
Penjaga gawang pasukan kebangsaan sepanjang kejohanan ini telah dibolosi sebanyak 9 kali. Walaupun hanya 3 gol dilepaskan oleh beliau pada peringkat kumpulan tetapi 5 gol yang dilepaskan beliau pada peringkat separuh akhir sedikit sebanyak telah menjejaskan peluang pasukan kebangsaan beraksi di peringkat akhir. Persembahan beliau boleh saya katakan agak sederhana kerana beliau tidak begitu di uji di sepanjang kejohanan kecuali ketika berhadapan dengan Boas Salosa dan rakan - rakan. Malang sekali buat Syamsuri kerana barisan pertahan tidak memberi perlindungan yang secukupnya yang menjejaskan peluang beliau untuk menghalang lebih banyak bola dari menerjah gawang skuad kebangsaan.
2. Wan Rohaimi
Rating : 6 /10
Bek kanan pasukan Malaysia ini kurang menyerlah pada hemat saya. Beliau agak perlahan untuk bertindak yang sering kali menyebabkan pemain lawan mudah untuk melepasi kawalan Wan Rohaimi. Selain daripada itu beliau juga terlalu mudah untuk menghilangkan bola dengan hantaran - hantaran liar yang dilakukan pada keadaan yang terburu - buru. Tetapi pujian saya harus berikan kerana hantaran jauh yang tepat dari beliau lah yang membolehkan Khalid Jamlus menjaringkan gol pertama ketika berhadapan dengan Indonesia. Kepantasan, itu adalah satu aspek yang perlu diperbaiki oleh beliau jika ingin lebih maju lagi.
3. Norhafiz Zamani Misbah
Rating 7.5 / 10
Bek tengah baru Pahang ini merupakan antara pemain paling lama beraksi untuk skuad kebangsaan. Persembaan yang konsisten sejak dua tiga tahun kebelakangan ini telah membolehkan beliau mendapat kepercayaan oleh Allan Harris untuk mengetuai pasukan kebangsaan pada Sukan SEA 2003. Malangnya pada kejohanan kali ini, persembahan beliau agak turun naik. Dalam satu perlawanan itu, saya boleh saksikan sendiri yang tindakan yang diambil oleh beliau kadang - kadang menampakkan ketenangan ala Nesta disusuli pula dengan terjahan gopoh seperti budak sekolah. Saya sudah rasakan dari awal lagi kejayaan pasukan kebangsaan banyak dipengaruhi oleh persembahan si Botak ini. Jika beliau gagal untuk memberikan yang terbaik, pasukan kebangsaan akan melalui ujian yang perit sekali seperti yang di pertontonkan ketika menentang Indonesia di Bukit Jalil.
4. Mohamad Khairunissam Shahbudin.
Rating : 6.5/10
Sama seperti rakan botaknya, persembahan Khairunissam agak turun naik sepanjang kejohanan ini. Bek tengah adalah tunjang kepada kejayaan sesuatu pasukan itu untuk bertahan. Jika kedua - dua bek tengah gagal memberikan yang terbaik, tidak susah untuk barisan lawan mendapatkan gol. Antara kesilapan paling ketara Khairunissam adalah ketika menentang Indonesia di Jakarta dan Bukit Jalil. Kedua - dua kesilapan yang dilakukan oleh beliau telah mengakibatkan gol dari pihak lawan. Paling besar kesanya ketika di Bukit Jalil kerana kesilapan beliau telah memulakan amukkan Indonesia. Tetapi ketika di puncak prestasinya, beliau mampu untuk menahan segala hantaran, membaca segala gerak geri lawan bagi mengagalkan cubaan gol lawan.
5. Rosdi Talib
Rating : 7.5 /10
Kapten pasukan kebangsaan ini mempunyai tugas berat bukan sahaja sebagai bek kiri tetapi juga sebagai seorang kapten. Persembahan terbaik beliau adalah ketika menentan Timor Leste kerana larian overlapping beliau banyak mengucar - kacirkan pertahan Timor Leste yang membawa kepada kemengan 5-0 di hari pertama. Begitu juga dengan persembahan ketika menentang Thailnd beliau menjalankan tugas dengan baik sekali bagi mengunci gerakan pemain sayap dari Thailand.
6. Fadzli Shaari
Rating : 7/10
Pada hemat saya khidmat Fadzli Shaari hanya banyak digunakan ketika menentang Indonesia di Bukit Jalil. 4 perlawanan sebelum itu, beliau gagal untuk menunjukkan prestasi terbaik beliau. Sebelum perlawan itu, beliau telah berjanji untuk memberi yang terbaik dan pada separuh masa pertama, saya telah saksikan yang terbaik dari Fadzli Shaari. Beliau mempunyai kebolehan yang unik untuk membawa bola melepasi pemain lawan. Kemahiran mengelecek bola yang tinggi telah membolehkan beliau memastikan barisan pertahan sentiasa bekerja keras bagi menghentikan kemaraan beliau. Perlawan tempat ke 3 telah menempatkan Fadzli di posisi tengah. Walupun tidak beraksi di posisi lazimnya, beliau berjaya memberi yang terbaik sekaligus menyerlahkan kepelbagaian yang dimilikinya.
7. Shukor Adan
Rating : 7/10
Pemain tengah Selangor ini beraksi sebagai seorang AMC untuk skuad Biskcei. Malangnya jika dia tidak digandingkan dengan seorang DMC yang ampuh beliau gagal memainkan peranan sebagai seorang AMC yang berguna. Di sepanjang kejohanan ini, saya disajikan dengan hantaran liar, tindakan yang perlahan, kesedaran (awarness) yang kurang, vision yan kabur, dari pemain veteran ini. Tidak sehingga digandingkan dengan Nanthakumar, barulah saya dapat saksikan yang terbaik dari Shukor Adan. Thailand dan Myanmar malam tadi telah menjadi mangsa kepada kreativiti yang dimiliki oleh Shukor. Ketika menentang Myanmar malam tadi gol yang dijaringkan oleh Mohd Nor Ismail adalah hasil dari gerakan yang dimulakan dengan hantaran cantik Shukor Adan.
8. K Nantha Kumar
Rating : 7.5 / 10
Patrick Viera of South East Asia. Itulah gelaran yang diberikan kepada pemain tengah Perak ini. Nantha mempunyai kebolehan untuk memenangi bola dari pihak lawan dan memulakan serangan daripada itu. Pengelibatan penuh beliau hanya bermula ketika menentang Thailand. Ketika Biskcei memang memilih untuk menyerang. Kerana dengan hanya jaminan pertahanan yang diberikan oleh Nantha, barulah Shukor Adan akan berani untuk mara lebih jauh ke atas lagi untuk membantu serangan. Contoh terbaik adalah apabila Myanmar menjaringkan gol penyamaan pada kedudukan 1-1 malam tadi. Sejurus selepas kemasukan Nantha, Shukor pantas menhidu peluang dan memulakan serangan.
9. Liew Kit Kong
Rating : 9 / 10
Tidak perlu saya nyatakan di sini mengapa memberi satu rating yang agak tinggi untuk pemain yang berasal dari Perak ini. Kehebatan beliau di udara tidak perlu dipersoalkan lagi. Kebijaksaan beliau untuk menhidu peluan juga tidak perlu dipersoalkan lagi. Dua gol beliau di Jakarta telah meletakkan belau pada status hero. Seorang pemain tengah yang boleh menjaringkan gol, bukan satu kriteria yang dimiliki oleh banyak pemain di negara ini.
10. Amri Yahyah
Rating : 7/10
Pada saya, Amri belum lagi menunjukkan keupayaan sebenar beliau. Jika itu yang terbaik yan beliau dapat berikan, agak sukar untuk beliau berebut tempat sesudah kembalinya Hairuddin Omar, Indra Putra, dan Akmal Rizal nanti. Semua gol yang dijaringkan oleh beliau pada kejohanan ini adalah hasil dari gerakan cantik yang agak mustahil bagi seorang pemain bola untuk tidak menjaringkan gol. Yang lebih ketara berkenaan dengan Amri ini adalah ketidakmampuan beliau untuk menjaringkan gol. Ketika menentang Timor Leste dan Filipina beliau terlepas banyak peluang bagi menjaringkan go. Tetapi dengan kelajuan yang dimilikinya tidak mustahil beliau akan mejadi seorang penyerang yan digeruni di rantau ini, jika hanya beliau bekerja keras lagi.
11. Mohamad Khalid Jamlus
Rating 7.5 / 10
Satu perkataan yang sinonim dengan Khalid Jamlus sekarang adalah gol. Beliau merupakan seorang mesin gol. Satu - satunya posisi yang sesuai untuk Khalid adalah penyerang tengah. Tanpa bantuan yang diberikan oleh Shukor selaku AMC, Khalid terpaksa turun sedikit untuk membuka peluang untk Amri. Ketika menjadi timbalan kepada Amri inilah yang saya dapat saksikan penurunan prestasi yang mendadak. Sedangkan ketika beliau menjadi penyerang, dengan ketinggian dan penyudah yang tajam, beliau adalah antara penyerang terbaik negara. Banyak peluang yang gagal disudahkan oleh beliau adalah ketika beliau bukan berada pada posisi yang terbaik untuk menghabiskan serangan kerana beliau memikul beban lebih sebagai seoran AMC.
12. V. Saravanan
Rating : 8 / 10
Kelajuan ketika membuat larian dan mengambil keputusan adalah aset penting kepada Saravanan. Di sepanjang kejohanan ini beliau hanya masuk sebagai pemain gantian. Tetapi pada dua perlawanan iaitu ketika menentang Myanmar dan lebih - lebih lagi ketika menentang Thailand beliau berjaya membuktikan mengapa beliau terus layak untuk beraksi di peringkat antarabangsa. Jika tidak kerana kecederaan ketika menentang Thailand, sudah pasti perlawanan peringkat separuh akhir akan menjadi lebih menarik. Beliau berjaya memberikan satu pilihan lagi untuk Biskcei jika pertukaran taktik perlu dilaksanakan. Kepantasan beliau dan kebijkansaan untuk mencari ruang adalah kelebihan penting buat pemain tinggi lampai ini.
13. Mohamad Nor Ismail
Rating : 6.5 / 10
Gol menentang Myanmar malam tadi menunjukan kemampuan yang dimilki oleh Mohamad Nor. Ketenagan untuk menyepak satu lob dari sudut yang amat sukar menjanjikan kepada kita semua bahawa kita memiliki satu lagi penyerang yang berbisa untuk masa akan datang. Kebolehan beliau untuk mengelecek lawan menjadi aset penting dalam memastikan kelebihan beliau untuk terus beraksi menyarun jersi kebangsaan.
14. Mohamad Ivan Yusof
Rating : 7 / 10
Penyertaan Mohamad Ivan adalah lebih kepada pendedahan awal. Tetapi persembahan beliau ketika dimasukkan menentang Thailand dan Myanmar malam tadi menjajikan satu lagi harapan baru kepada kita semua. Selain Fadzli Shaari dan Mohamad Nor Ismail, Mohamad Ivan juga mempunyai skill kawalan bola yang tinggi. Beliau telah mengunakan perlawan malam tadi untuk menunjukkan kepada kita semua apa yang belia ada. Apa yang beliau mampu lakukan. Jika diberi pendedahan yang lebih lagi, saya pasti beliau akan menjadi seorang pemain yang digeruni di rantau ini.

1 Comments:

Blogger A said...

panjang siot....tak larat dah den, nway..m'sia menang myanmar...hahahahahaha....indon kalah...hahahahaha..

11:36 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home