The games has began!
Musim baru Liga Super telah bermula malam tadi. 8 pasukan terbaik negara berentap malam tadi bagi membuka lembaran baru pada kalender bola sepak tempatan. Perlis menerima kunjungan Perak di Kangar, Pulau Pinang melayan kunjungan pasukan Negeri Di Bawah Bayu, juara bertahan, Pahang menanti kehadiran 'ahli baru' Liga Super 2005 MPPJ Selangar dan akhir sekali lembah kelang menyaksikan pertarungan dua kelab gergasi Public Bank dan Telekom Melaka. Untuk kedua - dua pasukan kelab, Telekom Melaka dan MPPJ Selangor perlawanan malam tadi menjadi pengalaman baru 'malam pertama' di Liga Super.
Bukan itu sahaja malam tadi juga menandakan penyertaan penaja baru kepada kempen liga Malaysia tahun ini iaitu Telekom Malasia. 8.5 juta ringgit di janjikan untuk setiap tahun untuk 3 tahun pertama bagi memastikan FAM dapat menjalankan segala aktiviti liga dengan lancar. Terima kasih Telekom Malaysia.
Perlis seri dengan Perak 2-2, Pulau Pinang membenam Sabah 3-0, MPPJ tumpas di tangan juara bertahan di Kuantan 3-2, dan Public Bank terpaksa akur dengan kehebatan satu lagi pasukan kelab apabila tumpas 2-1 di Shah Alam.
Perlawanan di Kangar juga merupakan perlawanan bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah. Keputusan seri 2-2 memaksa pertandingan di lanjutkan pada masa tambahan. Selepas 30 minit bermain di masa tambahan sepakan penalti menjadi penentu. Perak berjaya menyempurnakan 4 sepakan penalti berbanding 2 yang dilakukan oleh pemain Perlis. Dario Ruben dan Mohd. Ivan gagal menyempurnakan sepakan masing - masing lantas mengagalkan skuad Abdul Rahman Ibrahim membawa pulang satu lagi piala.
Gol - gol daripada Ito Dan, Vietchaslav Melenkov dan Mohd Faizal Esahar cukup untuk memberi tamparan hebat kepada pasukan Sabah yang mencuba beberapa pemain baru pada malam tadi. Ketiadaan Khairul Azman diganti oleh Shamsul Sabtu ternyata mengundang malang buat skuad dari Malaysia Timur ini. Penhijrahan kembali K. Sanbagamaran ke Selangor musim ini juga menyebabkan bahagian tengah Sabah kurang berfungsi kerana tiada perlindungan diberi kepada barisan pertahanan 'baru' Sabah. Gandingan baru Ito Dan dan Vietcheslav 'The Russian Torpedo" Melenkov telah mula menampkan taringnya malam tadi. Gol pada minit ke 6 dan ke 24 masing - masing daripada Ito dan Melenkov memberi amaran kepada semua keupyaan Pulau Pinang musim ini jangan di pandang rendah.
Lain pula nasib The Bankers malam tadi. Kejutan dua gol awal minit ke 8 dan 14 dari Telekom Melaka cukup bagi memastikan 3 mata berharga di bawa pulang dari Shah Alam. Peserta baru Liga Super untuk musim ini, Telekom Melaka nyata telah berjaya menyampaikan mesej bahawa mereka telah bersedia untuk mengharungi cabaran musim ini. Kepada 6 pasukan Liga Super lain, bersedialah dengan cabaran dari Telekom Melaka. Jadikan Pulic Bank sebagai pengajaran.
Pasukan bintang, Pahang hampir - hampir sahaja diaibkan oleh satu lagi pasukan kelab. Gol awal Indra Putra pada minit ke 10 telah menyentap MPPJ dari lamunan dan mereka berjaya bangkit dengan gol penyamaan dari Sebastian Omar pada minit ke 14. Minit 28 Fadzli Shaari sekali lagi meletak Pahang di depan. MPPJ tidak mahu mengaku kalah. Pada minit ke 44 Zaidi Zaing mengejutkan barisan bintan ini dengan gol penyamaan membawa perlawan pada kedudukan seri 2-2 di separuh masa. Bukan satu keputusan yang diiginkan oleh Zainal Abidin Hassan. Sehinggalah minit ke 83, MPPJ tidak lagi mampu mengekang serangan betali arus dari Pahang dan melepaskan gol kemengan untuk pasukan tuan rumah. Gol jaringan Fadzli Shaari cukup bagi memastikan kemengan mutlak untuk Pahang.
Dari semua keputusan malam tadi, hanya keputusan di Shah Alam yang di luar jangkaan. Tewasnya Public Bank di tangan Telekom Melaka membuktikan bahawa Telekom Melaka bukan datang ke Liga Super tahun ini hanya untuk mencukup korum. Sesungguhnya mereka telah bersedia untuk mencabar orang lama yang telah berada di Liga Super. Kegagalan Perlis di Kangar telah menidakkan mereka untuk membawa pulang Piala Sumbangsih untuk kali pertama setelah memenangi Piala Malaysia musim lepas. Pemergian Cikgu Jan ke Pulau Pinang nyata memberi tuah kepada pasukan dari Pulau Mutiara itu. Kemenangan 3-0 ke atas Sabah memberi amaran awal kepada pasukan pilihan lain, penangan Cikgu Jan masih mengena. Sementara keputusan di Stadium Darulmakmur menampakan pelaburan yang membuahkan hasil. 6.5 juta ringgit yang diperuntukan kepada Persatuan Bolasepak Negeri Pahang telah dibelanjakan dengan membeli pemain bintang yang lain. 3 mata malam tadi memeng memberi nafas lega kepada Zainal Abidin Hassan kerana ketika perlawanan semakin hampir kepada seri Fadzali Shaari teleh menyelamatkan beliau. Jika Pahang gagal menang malam tadi, memang musibah besar akan melanda.
Pertandingan Liga Perdana akan hanya bermula minggu hadapan. Nantikan aksi Liga Perdana pada minggu hadapan.
Sayangi Bolasepak Kita!
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home