Sunday, February 06, 2005

Matchday 3

Perlawanan Liga Super malam tadi menyaksikan pertembungan menarik beberapa pasukan yang pasti menjanjikan keputusan yang juga menarik. Sabah masih dirundung malang apabila di belasah teruk oleh Singa Utara, Public Bank akhirnya mendapat kemenganan pertama yang menyaksikan MPPJ tewas untuk kali yang ke 3, Perak dihambat 3 gol oleh pasukan kelab Telekom Melaka dan paling menarik sekali keputusan di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang 3 - Pahang 2.

Perlawanan dua pasukan teratas malam tadi bagi menentukan pasukan yang lebih layak untuk mengepalai Liga Super masuk minggu ke 3. Gol pertama perlawanan dan ke 3 Fadzli Shaari sepanjang kempen Liga Super, cukup untuk menunjukkan yang Pahang berada pada kelas yang tersendiri ketika menyerang. Hasil lorongan cantik dari bahagian kiri padang menemui Indra Putra yang meloloskan diri dari kekangan barisan pertahanan yang masih mencari rentak. Indra melintangkan bola rendah kepada Fadzli Shaari yang menunggu di tengah kotak penalti tidak di kawal oleh pertahanan mudah menyepak bola masuk. Memang hebat! Jika Pahang dikenali sebagai Real Madrid Malaysia kerana barisan bintang nya, jolokan itu juga sesuai kerana kelemahan barisan pertahananya serupa dengan pasukan dari Spanyol itu. 3 gol Pulau Pinang malam tadi hasil daripada hantaran tinggi ke kotak penalti. Gol Barretto hasil dari sepakan percuma Ito Dan, Ng Kok Heng hasil dari hantaran lintang tinggi dari Mohd Faisal Esahar, dan gol kemenganan Torpedo Russia hasil tandukan sipi Faizal Esahar bermula dari sepakan sudut Ito Dan.

Ito Dan...semakin sukar digugat


Zainal Abidin Hassan selaku jurulatih Pahang perlu mencari jalan penyelesaian segera kerana pembelian Norhafiz Zamani Misbah tidak banyak menguatkan barisan pertahan malah semakin banyak menambahkan kekusutan di bahagian pertahanan. Tetapi pujian saya hamburkan kepada Cikgu Jan kerana taktik 4-5-1 menjadi apabila menyaksikan barisan tengah yang diketuai Tengku Hazman menguasai barisan tengah dari mula perlawanan hingga akhir.

Kemenangan Perlis 5-0 ke atas Sabah meneruskan rentak sumbang Sabah yang masih belum mencatatkan markah, gol dan kemenganan dalam kempen Liga Super tahun ini. Pendekatan agresif yang diambil oleh jurulatih Sabah ternyata menjadi senjata makan tuan apabila Sabah hanya bermain dengan 10 orang akibat penyingkiran Madzelan Emoi. Mohamad Ivan Yussof menjaringkan gol pertama untuk majikan barunya semenjak berpindah dari Kuala Lumpur. Perlis telah membuktikan tanpa kehadiran Chepita sekalipun, mereka masih mampu untuk menang dengan jaringan besar. Ini menunjukkan 'depth' pasukan yang ditinggalkan oleh Cikgu Jan.

Pertarungan dua pasukan kelab Public Bank dan MPPJ berakhir dengan Public Bank mencatat kemenangan 1-0. Kedua - dua pasukan masih mencari kemenangan pertama masin - masing. MPPJ masih luka dari perlawanan menentang Perlis selasa lepas, nampaknya perlu segera mencari ramuan untuk mengubati wabak yang semakin menular ini. Seperti Sabah, MPPJ masih belum mencatat kemenangan musim ini walaupun pada dua perlawanan sebelum ini menentang Pahang dan Perlis mereka hampir mencatat seri dan kemenangan.

Anak buah Tony Netto putih mata..Telekom Melaka 3 - Perak 0


Kunjungan Perak ke Stadium Hang jebat mengundang satu episod duka. 3-0 dihambat Telekom Melaka benar - benar memalitkan lumpur di muka antara pasukan paling konsisten dalam Liga Super. Ketiadaan Ahmad Sharul Azhar telah memberi impak yang besar kepada anak buah Tonny Netto. Kemenangan kedua Telekom Melaka, kali ini ke atas lawan yang lebih bekaliber telah membuka mata banyak pihak. Pasukan kelab ini jangan dipandang rendah!

Setakat ini belum ada lagi perlawanan yang berakhir dengan jaringan 0-0. Ini satu petanda yang baik kepada bola sepak tempatan. Peminat akan hanya kembali ke stadium apabila pasukan mereka mencatat kemenangan. Dengan kadar jaringan gol setiap minggu, ternyata setiap pasukan melakukan yang terbaik bagi memenangi hati peminat bola sepak tempatan.

Ayuh rakan - rakan ku sekalian, lupakan Manchester United seketika, lupakan Real Madrid seketika, kita mempunyai tangungjawab yang lebih besar di bahu! Berilah sokongan kepada pasukan negeri masin - masing. Kembalikan kegemilangan bola sepak kita!

"Sayangi Bola Sepak Kita!"

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home