Matchday 4
Sebelum perlawanan malam tadi, semenjak tahun 1998, Pulau Pinang tidak pernah memengangi perlawanan di Ipoh. Dan 4 perlawanan sebelum ini di Ipoh semua memihak kepada tuan rumah untuk mencatat kemenangan. Ternyata Norizan Bakar mempunyai ramuan sendiri untuk berhadapan dengan Seladang yang masih luka akibat di kelar Telekom Melakar 3-0 di Stadium Hang Jebat minggu lepas. Gol penalti jaringan Barretto pada minit ke 78 sudah cukup untuk memastikan Tonny Netto merah padam lagi. Perak telah tewas untuk kali ke dua beturut - turut. Prestasi hambar pasukan Perak yang menyaksikan mereka hanya mencatat satu kemenangan dan satu seri musim ini cukup merunsingkan barisan penyokong mereka. Adakah ini akibat daripada tindakan pengurusan mebebaskan 3 bintang iaitu Khalid Jamlus, Liew Kit Kong dan V.Saravanan ? Apa yang pasti prestasi semasa Perak tidak menjanjikan apa - apa selain dari kemerosotan kedudukan liga. Tetapi pujian tetap saya hamburkan sekali lagi minggu ini kepada Barretto dan rakan sepasukannya. Kemenangan ke 4 dari 4 perlawanan benar - benar telah mensahihkan bahawa Cikgu Jan mempunyai 'sentuhan Midas'. Kejayaan ke atas Perak telah mengukuhkan lagi kedudukan Pulau Pinang di persada liga. Pertembungan dengan Perlis pada minggu hadapan sudah pasti menjadi satu pertembungan yang menarik. Apatah lagi Norizan Bakar dan dua orang anak buah nya; Tengku Hazman dan Faizal Esahar teleh menempa nama sebagai bintang di Perlis musim lepas.
Khaironissam Shahbudin (kanan) berjaya mengemudi barisan pertahanan malam tadi
Seperti Perak, Pahang juga terus dirundung nasib malang. Menerima kunjungan Perlis di Stadium Darulmakmur malam tadi ternyata menambahkan aib di muka Zainal dan anak - anak buahnya. Ternyata sokongan padu 12,000 penyokong yang membanjiri stadium malam tadi tidak cukup untuk membantu barisan bintang ini menahan amukan Singa Utara. Abdul Rahman Ibrahim meneruskan rentak cemerlang setelah mencatat kemenangan bergaya 5-0 ke atas Sabah mingu lepas dengan membenam Pahang 1-0 hasil jaringan Zachariah. Volley cantik hasil umpanan Lamin Conteh ternyata sudah cukup untuk menghantar Pahang lebih dalam ke lubuk krisis yang melanda. Ternyata Zachariah adalah penganti yang paling sesuai untuk mengantikan pemergian seorang penjaring gol yang prolifik iaitu Phillemeon Chepita.
Khairil Zainal (kiri) gagal membantu MPPJ mencatat kemenangan pertama
Redzuan Abdullah gagal sekali lagi untuk membawa MPPJ memungut 3 mata pertama untuk musim ini. Sebaliknya MPPJ terus mempersembahkan ketumpulan di barisan penyuda apabaila hanya mampu seri dengan Telekom Melaka yang bermain dengan hanya 9 orang akibat dua pemain di buan padang. Sementara Irfan Bakti pula terus membuktikan kepada pasukan lain di Liga Super bertapa kehadiran Telekom Melaka jangan di pandang enteng. Menduduki tangga ke 3 hanya di belakang Pulau Pinang dan Perlis ternyata menterjemahkan kehebatan Telekom Melaka di padang.
Setelah gagal 3 kali, kali ke 4 membawa tuah buat skuad dari negeri di bawah bayu. Sabah akhirnya berjaya mencatat kemenangna pertama untuk musim ini. 2-1 hasil 2 jaringan Julio Rodriquez. Public Bank yang mencatat kemenangan pertama minggu lepas menewaskan MPPJ gagal untuk meneruskan rentak kemenangan. Walaupun berjaya mengikat kedudukan perlawanan pada 1-1 sehingga minit ke 90. Kemenangan buat Sabah ini ternyata akan memberi sedikit nafas kelegaan buat Sabah yang semakin di beri tekanan oleh penyokong mereka sendiri lebih - lebih lagi akibat tewas 5-0 di tangan Perlis.
"Sayangi Bola Sepak Kita!"
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home