Matchday 5
Perlawanan Liga Super malam tadi telah mengubah kedudukan beberapa pasukan dalam liga. Pertemuan Pulau Pinang - Perlis di Stadium Bandaraya menyaksikan perubahan pada pendahulu liga. Pertembungan Public Bank - Pahang juga menyaksikan perubahan kepada kedudakan pasukan Pahang sementara perlawanan Telekom Melaka menentang Sabah menolah Sabah lebih jauh dari kedudukan yang tercorot. Perlawanan Perak - MPPJ pula meletakkan MPPJ semakin terperosok di tangga tercorot liga.
MPPJ, satu - satunya pasukan yang belum lagi mencatat kemenangan pada kempen tahun ini bertandang ke Ipoh berhadapan dengan anak - anak buah Tonny Netto yang tewas 1-0 di tangan Pulau Pinang. Keputusan seri 0-0 dengan Public Bank juga tidak banyak mengubah nasib anak - anak buah Redzuan Abdullah. Oleh itu, pertembungan malam tadi merupakan pertemuan pemulihan semanat untuk kedua - dua pihak. Kedua - dua pasukan perlu mencari rentak kemenangan segera jika masih mahu kekal di Liga Super dan merapatkan jurang dengan pendahulu liga. Gol jaringan Azrin Shah Zainal pada minit ke 13 hasil sepakan percuma kencang menewaskan Tay See Kiat, bukanlah pemulaan yang baik untuk Perak. Namun Keita Mandjou menyudahkan peluang dari bahagian kanan dalam petak 6 ela untuk mengikat kedudukan 1-1. Chan Wing Hong memastikan Tony Netto bernafas lega apabila menjaringkan gol hasil tandukan pada minit ke 66.
Aksi dua awang import perlawanan Public Bank - Pahang
Kredebaliti Indra Putra sebagai penyerang paling berbisa negara semakin dikukuhkan lagi malam tadi. Jaringan cantik hasil rembatan luar petak penalti sudah cukup bagi memastikan Public Bank menyertai MPPJ di dua tanga tercorot Liga. Seperti Perak, kemenangan ini juga penting buat pahang yang sudah tewas 2 perlawanan sebelum ini yang mengundang cemuhan ribuan penyokong Tok Gajah.
Sabah yang mencatat kemenangan pertamanya minggu lepas bermula cemerlang apabila mendahului Telekom Melaka 2-0 pada 36 minit pertama di Stadium Hang Jebat. Gol pertama hasil tandukan Julio Cesar menewaskan penjaga gol bermula dari sepakan lintang dari sebelah kiri pintu gol. Sementara gol kedua Julio datang dari tampanan muntah Zainal Rabin yang gagal mengawal sepakan deras Bobby Gonzalez, muda untuk Julio menjaringkan gol ke dua. Sejurus selepas itu, kesilapan penjaga gol Syamsul Sabtu yang berada pada kedudukan yang terlalu kehadapan pintu gol memberikan ruang kepada Mohd. Badrul Azan untuk menanduk tinggi untuk gol pertama Telekom Melaka. Telekom Melaka bermula garang pada separuh masa ke 2 apabila Koffi Edward menjaringkan gol pengikat perlawanan pada 2-2. Sekali lagi Julio menghukum ke alpaan barisan pertahanan Telekom Melaka apabila menjaringkan gol ke 3 Sabah hasil tandukan padu bermula dari sepakan percuma. Pada minit ke 85 Mohd Nizam Abu Bakar memastikan pasukan Sabah kembali ke Kota Kinabalu hanya dengan satu mata apabila menjarinkan gol penyamaan.
Zacharia...menjaringkan gol pada kelima - lima perlawanan setakat ini
Perlawanan yang ditunggu - tunggu malam tadi adalah antara pendahulu liga dan pencabar terdekat; Pulau Pinang - Perlis. Pemergian Cikgu Jan ke Pulau Pinang membawa beberapa pemain ternyata membawa padah kepada Perlis. Md Faizal Esahaar menjaringkan gol pertama perlawanan hasil perebutan dalam kotak penalti. Mohamad Ivan memastikan yang si Kumbang tidak berpesta lama apabila menyudahkan tangakapan kurang kemas penjaga gol Pulau Pinang. Zacharia Simuokonda telah memastikan mata penuh milik juara bertahan Piala Malaysia apabila menyudah cantik lorongan dari tengah di kala perlawanan berbaki 5 minit.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home