Piala FA Pusingan Pertama
Selain dari Piala Sumbangsih dan Piala Juara Liga, Piala FA adalah satu lagi piala yang pasukan Sarawak pernah menang. Tahun 1992 menyaksikan Sarawak menumpaskan Kuala Lumpur 2-1 di Stadium Negeri. Hasil jaringan Sazali Ramli dan John 'Kerbau' Hunter.
John Hunter
Lebih dari sedekad telah berlalu. Pasukan Sarawak kini hanyalah bayangan kepada pasukan Sarawak yang pernah mengegarkan pesada bola sepak tanah air dengan permainan keras dan pemain yang bermain dengan penuh semangat. Tecicir ke Liga Perdana musim ini cukup untuk menceritakan tahap, kedudukan bola sepak Sarawak sekarang. 1 mata yang di kutip hasil dari dua perlawanan Liga Perdana setakat ini bukanlah permulaan yang baik untuk anak - anak buah David Mitchell.
Untuk musim ini Sarawak telah diperkuatkan dengan pemain import dari Australia yang di bawa bersama oleh David Mitchell. Stuart McLaren, Baranimir Mikulic, dan Shane Thompson diharap oleh ribuan peminat Sarawak untuk membawa pasukan Sarawak kembali gah di kancah Super liga bola sepak tempatan. Seri 1-1 dengan Selangor PKNS di hari pertama dan tumpas 3-1 di tangan pendahulu kumpulan B menceritakan pencapaian pasukan yang telah dirombak sepenuhnya pada penghujung musim lepas. Tidak banyak yang dapat diharapkan dari pasukan yang baru dibentuk beberapa bulan lepas.
Pada pusingan pertama Piala FA, Sarawak dipertemukan dengan jaguh utara, Sang Harimau Kumbang, Pulau Pinang. Pulau Pinang bermula garang untuk tahun ini yang menyaksikan mereka menumpaskan Pahang dengan penuh bergaya 3-2. Kekalahan 2-1 di tangan Perlis hujung minggu lepas merupakan kegagalan pertama anak - anak buah Cikgu Jan untuk mengutip mata yang mana 4 perlawanan sebelum ini Pulau Pinang telah mencatat 100% kemenangan. Diperkuatkan dengan Ito Dan, Tengku Hazman dan Mohd. Faisal Esahar sambil dibantu oleh pemain musim lepas, John Barretto dan Vietchaslav Melenikov, Pulau Pinang memang pasukan yang tampak terlalu hebat untuk di tentang oleh Bujang Senang.
Kemaraan pasukan Pulau Pinang musim ini banyak dibantu oleh kemantapan barisan tengah. Norizan Bakar telah memilh untuk hanya menggunakan seorang penyerang di hadapan. Mohd Faizal bermain sebagai 'solo' striker di hadapan sambil diikuti rapat oleh Ito Dan di posisi 'hole'. Tengku Hazman, John Baretto dan Vietcheslav Melenikov menentukan rentak perlawanan, hala tuju serangan pasukan Pulau Pinang. Pembelian Ito Dan selaku pemain Jepun pertama yang bermain di Malaysia telah banyak merancakan lagi serangan pasukan Pulau Pinang. Kehadiran Tengku Hazman di bawa bersama oleh Norizan Bakar dari Perlis telah menampakkan kekreativiti yang ditagih selama ini oleh Bertala Bisckei untuk skuad kebangsaan. John Baretto selaku kapten pasukan memberi perlindungan kepada barisan pertahanan dan Vietchaslav Melenikov mengucar - kacirkan barisan pertahanan lawan bagi memudahkan Faizal Esahar menjaringkan gol.
Sementara di kem Sarawak pula, Mitchell telah memilih untuk memperkuatkan barisan pertahan terlebih dahulu. Pembelian Stuart McLaren selaku pemain/jurulatih belum memberi dividen bagi memimpin barisan pertahanan muda serba baru Sarawak. Jika ada 'department' yang perlu di perbaiki sudah pasti barisan tengah. Sejak beberapa musim lepas, kemaraan barisan serangan dan keperkasaan barisan pertahanan Sarawak tampak pincang akibat ketidak upayaan barisan tengah untuk memberi perkhidmatan yang sepatutnya. Semenjak pemergian Mohd. Ali Sapie dan Mohd. Nazri Yunos, Sarawak masih terkial - kial mencari pengganti jeneral di bahagian midfield. Pembelian Shane Thompson memberi harapan kepada peminat Sarawak untuk mengisi posisi tengah yang mengimbangi mana - mana situasi perlawanan. Bobby Pian selaku kapten dan memang tersohor sebagai 'ball-winner' perlu bekerja keras malam esok bagi mengekang penguasaan barisan tengah Pulau Pinang. Kehebatan Pulau Pinang adalah padah bahagian tengahnya dan kepada mana - mana pasukan yang ingin mengekang kehebatan itu, di bahagian tengah lah hala tuju keputusan perlawanan akan ditentukan.
Mikulic...penyerang tinggi lampai pasukan Sarawak
Kehadiran Zamri Morshidi selaku 'prodigy' bola sepak Sarawak membawa harapan mengunung rakyat Sarawak. Pemain versatil yang boleh bermain di mana - mana bahagian sayap pasukan mempunyai kelajuan yang menajubkan untuk memerangkap barisan pertahan lawan. Jika musim - musim yang lepas Sarawak mempunyai Gilbert maka musim ini Sarawak ada Zamri Morshidi. Gandingan Suharmin Yusof dan Baranimir Mikulic dijadikan pertaruhan Mitchell untuk mendapatkan gol bagi pasukan Sarawak. Ketinggian Mikulic dan kelincahan Suharmin diharap dapat dipergunakan sebaiknya oleh pasukan Sarawak yang ternyata tidak mempunyai pilihan serangan yang banyak kerana kurang kreativiti dari bahagian tengah.
Kehadiran Kamarulzamman, bekas penjaga gol Pulau Pinang menjadi benteng terakhir pasukan Sarawak boleh memberi sedikit keyakinan kepada peminat di Bumi Kenyalang. Fadly Kassim akan sekali lagi mengemudi barisan pertahan Sarawak dan dibantu oleh Stuar McLaren. Di harap agar Mitchell memberi peluang kepada Mohd Jun Azral dan Rushanizam Idrus untuk beraksi kerana perngalaman yang ada ternyata penting bagi memastikan Sarawak setidak - tidaknya pulang ke Kuching dengan keputusan seri.
Kalau di ikutkan hati, ingin saja saya meramalkan kemenangan bergaya 4-0 untuk pasukan negeri saya. Apakan daya saya sedar tinggi rendah langit itu. Pulau Pinang bukan calang - calang pasukan. Keputusan seri memadai untuk menjadikan saya 'a happy man'. Jika tumpas sekalipun, janganlah sampai di belasah.

NGAP AJAK!
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home