Friday, April 15, 2005

Congratulaitions; You will truly never walk alone! part II

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com

Imej dari Turin dari perlawnan malam tadi mencerrtakan kegembiraan jutaan penyokong setia pasukan Liverpool. Raja bola sepak eropah era 80an ini akhirnya telah kembali ke tempat asalnya. Menyertai Chelsea, PSV Eiandhoven, dan AC Milan untuk menjadi 4 terkuat di Eropah.

Keputusan 0-0 cukup untuk menghantar anak buah Benitez untuk bertemu Chelsea di separuh akhir. Saya rasa cukup sudah ulasan mengenai perlawnan malam tadi yang anda semua telah baca di dada akhbar dan laman web. Oleh itu tidak perlu saya mengulas berkenaan perlawanan tersebut.

Di sini saya ingin menjadikan 'posting' ini satu 'tribute' kepada jutaan peyokong setia 'The Reds' di seluruh dunia terutama sekali kepada adik; Firdaus Mohamad di London. Saya tahu dan saya sedar keperitan yang anda semua alami memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan yang tengah melalui zaman suramnya. Dikala Manchester United, Arsenal dan kini Chelsea memegang tampuk kepimpinan pasukan elit England, penyokong Liverpool hanya mampu memerhatikan dari jauh.

Benitez menghadiahkan kemenangan ini kepada anda semua, anda memang layak merasai 'euphoria' pada malam tadi.

Kepada penyokong Harimau Malaya dan Bujang Senang jadikan pengalaman penyokong Liverpool malam tadi sebagai idaman. Teruslah memberi sokongan tidak berbelah bahagi. Kerana kejayaan melalui laluan penuh ranjau adalah kejayaan termanis. =)

Lirik lagu 'You'll Never Walk Alone' memang cukup menghibakan jika di dengar dengan teliti. Saya nasihatkan agar anda memuat turun lagu tersebut jika ingin merasa kehibaan yang saya dan sudah pasti jutaan penyokong liverpool di seluruh dunia rasai.

Jadikan ini iktibar, jadikan ini azimat penguat untuk kita terus menyokong Harimau Malaya dan Bujang Senang.

Ngap ajak!

When you walk through a storm
Hold your head up high
And don't be afraid of the dark
At the end of the storm
Is a golden sky
And the sweet silver song of a lark
Walk on through the wind
Walk on through the rain
Tho' your dreams be tossed and blown
Walk on, walk on
With hope in your heart
And you'll never walk alone
You'll never walk alone

*ehsan KopTalk.com

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home