Khaironissam Shahbudin
Satu nama yang tidak lagi asing di pentas bola sepak tempatan. Khaironissam terkenal sebagai antara bek tengah terbaik negara. Di gandingkan lagi dengan seorang lagi bek tengah terbaik negara, anda memperolehi pasangan yang tiada cacat celanya.
Pasangan dua 'kembar' ini hanya akan mampu bertindak cermerlang jika dilindungi oleh seorang 'defensive midfielder' yang berkaliber. Digandingkan sebagai pertahanan terakhir negara dihadapan Syamsuri Mustapha. Saya tidak akan melupai bagaimana kesilapan beliau yang membolehkan Kurniawan menjaringkan gol pertama Indonesia di malam malapetaka itu.
Tapi bicara saya bukan berkenaan dengan Khaironissam seorang bek tengah, tetapi Khaironissam seorang 'central midfielder'.
Pemergian Tengku Hazman Raja Hassan mengikut jejak langkah Cikgu Jan ke Pulau Pinang teleh meninggalkan satu 'void' yan amat besar untuk di isi oleh mana - mana pemain. Dengan kecederaan yang dihadapi oleh beberapa pemain lain, jurulatih baru Perlis, Abdul Rahman Ibrahim telah memilih untuk meletakkan Khaironissam di posisi baru, 'Central Midfielder'. Memang agak 'melampau' pertukaran yang dilakukan itu, tetapi saya sudah pasti Abdul Rahman Ibrahim lebih mengetahui mana yang lebih baik untuk pasukan Penyandang Piala Malaysia itu. Bukan sedikit pemain yang berjaya apabila bertukar posisi. Contoh yang paling mudah adalah Wan Rohaimi bek kanan kebangsaan pernah bermain sebagai seorang 'striker' untuk pasukan Selangor. Sementara Wong Sai Kong bekas pemain Sarawak, bermain sebagai seorang 'central midfielder' pada awal pembabitan nya dalam skuad bumi kenyalang itu tetapi di tukar ke posisi bek kanan oleh Jalil Rambli pada penghujung musim lepas dan berjaya dipilih oleh Bertalan Biskcei sebagai seorang pemain yang versetil.
Perlawanan menentang Perak minggu lepas menjadi ujian pertama percaturan berani Abdul Rahman Ibrahim. Bermain sebagai jentera penggerak untuk pasukan Perlis, mempertemukan Khaironissam dengan jeneral tengah Perak, Ahmad Sharul Azhar.
Di sepanjang permainan pada malam Sabtu yang sudah, Khaironissam berjaya mengembalikan kepercayaan yang diberikan oleh Abdul Rahman Ibrahim. Gandingan beliau dengan Lamin Conteh telah membuahkan hasil dimana gerakan yang dimulakan oleh gandingan ini berjaya mengucar - kacirkan barisan pertahanan Perak. Akibat kesukaran menekang pergerakan Khaironissam menghantar bola, telah membuka ruang untuk gol yang pertama pada malam itu apabila Zacharia berjaya menyusup masuk ke kawasan larangan mengejar lob cantik dari tengah dan mengakhiri dengan satu voley yang deras ke penjuru gol melangkau capaian Hamsani.
Bukan sahaja membuka ruang kepada rakan sepasukan, Khaironissam sendiri berjaya mendapat dua peluang keemesan apabila memecah perangkap offsaid dan hanya berhadapan dengan Hamsani. Nyata pengalaman sebagai seorang pemain serangan belum mencukupi apabila bek tengah kebangsaan ini gagal menyudahkan dua peluang tersebut.
Jika kecederaan yang di alami oleh beberapa pemain utama seperti Adriad Jurad Chamrong masih memerulkan masa yang lebih lama untuk sembuh, nampak gayanya lebih lamalah Khaironissam akan mengisi posisi itu. Satu persembahan yang positif pada perlawanan yang lepas. Saya pasti lebih ramai lagi pemerhati bolasepak tempatan akan terus menikuti perkembangan bintang ini di posisi baru lebih - lebih lagi perlawan esok akan mempertemukan Perlis dengan pasukan kelab, MPPJ.
Selamat bejuang Khaironissam. Kejayaan anda saya saksikan sebagai kejayaan pasukan kebangsaan.
"REMPUH PERLIS REMPUH!"
1 Comments:
He was back at his old pos las nite
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home