Don the national colurs
Hari ini Sabtu. Perlawanan hanya akan berlansung lusa. Peter Withe telah memulakan perang psikologi nya. Bisckei tetap tenang dengan segala perencaan nya yang tersendiri. Tidak menawan tapi efektif. Itulah yang boleh dirumuskan tentang perjalanan pasukan kebangsaan hingga ke hari ini.
Apa - apapun perlawanan hari Isnin, para penyokong sekalian, sarunglah warna kita. Perkenakanlah pakaian kuning kerana kuning warna kita. Jamukan Peter Withe dan anak buahnya dengan lautan kuning. Bukan merah, bukan biru, dan bukan juga putih, tetapi kuning. Kuning warna kita, kuning kebangaan kita. Biarlah para wira - wira kita sedar yang kita di belakang mereka sepanjang masa. Tiada impak yang lebih besar melainkan perasaan ketika menjenguk masuk padang dan menyaksikan seluruh genap pelusuk stadium dipenuhi dengan warna kuning. Warna pasukan kebangsaan kita.
Apa - apapun perlawanan hari Isnin, para penyokong sekalian, sarunglah warna kita. Perkenakanlah pakaian kuning kerana kuning warna kita. Jamukan Peter Withe dan anak buahnya dengan lautan kuning. Bukan merah, bukan biru, dan bukan juga putih, tetapi kuning. Kuning warna kita, kuning kebangaan kita. Biarlah para wira - wira kita sedar yang kita di belakang mereka sepanjang masa. Tiada impak yang lebih besar melainkan perasaan ketika menjenguk masuk padang dan menyaksikan seluruh genap pelusuk stadium dipenuhi dengan warna kuning. Warna pasukan kebangsaan kita.
Datanglah penuh semangat, datanglah dengan semangat yang tidak akan luntur, semangat waja seperti yang ditunjukkan anak - anak buah Bisckei. 1996 menyaksikan kita menyingkirkan Indonsia di peringkat separuh akhir Piala Tiger untuk beraksi di peringkat akhir. Untuk memastikan sejarah belaku semula, kita semua perlu memainkan peranan. Usaha wira - wira bangsa kita di padang tidak cukup. Mereka masih perlukan kita. Sesungguhnya Indonesia adalah gunung yang menghalang perjalan kita, perjalanan pemulihan maruah pasukan kebangsaan. Gunung itu perlu di daki. Bersama - samalah dengan wira - wira bangsa kita untuk meniupkan api semangat untuk mendaki gunung itu. Jangan sesakli kita leka, kita selesa untuk tidak meniupkan terus api semangat itu. Dalam bola sepak, sesuai dengan motto pertandingan Piala Tiger 2004 ini, apasaja boleh berlaku.
Kepada yang belum mendapatkan baju bewarna kuning, keluarlah ke pekan, ke bandar, dapatkan lah baju serba kuning. Berserta dengan baju kuning, sertailah dengan jalur gemilang. Lambang kebangaan, tanda kemegahan rakyat Malaysia. Jalur gemilang telah bekibar di puncak tertinggi dunia, di tempat tersejuk dunia, berkibar mengelilingi dunia, berkibar di bangunan tertinggi dunia, inilah masanya. Inilah tika dan waktu yang 25 juta rakyat Malaysia nantikan. Kibarkan jalur gemilang di puncak keagungan bola sepak serantau.
Malaysia BOLEH!
4 Comments:
Salam persahabatan dari pendukung fanatik TIMNAS Indonesia! Elie Eboy dan Ilham gonna take revange :)
aku bangga ade kawan fanatik bola cam ko..heheh..
Malaysia Boleh!!
Sepertinya stadium Bukit Jalil tidak penuh ya dengan warna Kuning. Your team did well in the first half. But Kurniawan Dwi Julianto (Shirt with number 10) were indeed smart to beat your defence. His appearance could change the moral of Indonesia's players.
Overall it was a great game. Thanks a lot for being sportive. Semoga Malaysia menang lawan Myanmar.
Malaysia Boleh!
Tima kasih si wahyu. Memang pasukan anda jauh lebih mantap jauh lebih ampuh dari barisan lemah, manja, tidak bersemangat malaysia. mudah sangat mengalah. mungkin kami tidak pernah susah. itu sahaja yang dapat saya pikirkan sebabnya. negara anda telah melalui pelbagai kesusahan. secara automatiknya, rakyat negara anda kuat. kami masih lemah. masih banyak yang perlu diperbaiki. Pasukan bola Malaysia sebenar - benarnya melambangkan mentaliti gaya pemikiran rakyat Malaysia.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home