Monday, March 14, 2005

FT:: Sarawak 2 - Johor 0

Tahniah buat pasukan Bumi Kenyalang. Kemenangan kedua berturut - turut memang tonik terbaik bagi memulakan kempen pusingan kedua selepas perlawanan menentang Terengganu. Jaringan Kemri Hamlet satu gol pada setiap babak cukup bagi memastikan 3 mata berharga buat Sarawak yang masih terkial - kial mencari rentak kemenangan.

Berikuat adalah laporan penuh perlawanan hasil tulisan 'robana_kick' ahli forum bujang_senang.

1st HALF

1st half started cun2 at 2045hrs, where Sarawak diberikan peluang untuk kickoff. But, surprisingly, its the visitors yang banyak menyerang dan polah gerakan2 yang berbahaya, especially through striker cdak, Peter Kovacs. Come to think of that, Kovacs hampir meletakkan Johor dihadapan setelah Kamarulzaman Hassan gagal menumbuk hantaran lintang wing Johor dengan sempurna. Tumbukan Kamarulzaman ya, cun2 sampe ke kaki Kovacs, namun Kovacs gagal menyempurnakan peluang keemasan itu biarpun pintu gol dah TERNGANGA... blink.gif Sarawak, yang aku jangka bangkit setelah insiden tadik amat menghampakan apabila, hantaran2 ke arah Suharmin and Wan Erwis sangat SANGAT mengecewakan, especially dari si Abg Zafari ya ( nyetok patut buang jak ehh...geram alu jak nangganya main angry.gif ). Peluang terbaik Sarawak untuk berada di hadapan, adalah pada minit ke 24 apabila Suharmin berjaya dribble melepasi 3 pemain pertahanan Johor, sebelum percubaannya diselamatkan oleh 'keeper' Johor for a fruitless ( or maybe USELESS ) corner. Minit ke 30 menyaksikan Suharmin terpaksa diusung ke luar padang apabila beliau tercedera ( ankle nya ku rasa ), dan digantikan oleh penyerang muda , Kamri Hamlet. Kemasukkan Kamri Hamlet nyata tidak sia2 apabila beliau berjaya meletakkan Sarawak di hadapan pada minit ke 40. Gol ya bermula dari Shane Thompson yang berjaya mengepung hantaran "JAIK" daripada Abg Zafari, dan hantaran lintangnya singgah di kaki Kamri Hemlet yang mudah menolak masuk bola tersebut. First half = Sarawak 1-0 Johor

2nd HALF

2nd half bermula dengan Johor menyerang bertubi tubi ke arah pintu gol Sarawak. Nasib baitla keeper kita , Kamarulzaman Hassan ya hebat, mun sik sik taukla aku. Namun, Sarawak ada juak sekali sekala nyerang melalui wing kereknya, iaitu Shahrul Saperi, and pemain muda itu hampir menjaringkan gol pertama peribadinya musim ini apabila curling shotnya dari edge of the box berjaya ditampan keluar oleh keeper Johor. Gol kedua Sarawak akhirnya tiba di minit yg ke 65 apabila kesilapan pertahanan Johor dalam membuat hantaran disambar oleh Kamri Hemlet yang terus meledakkan tendangan "PADU MAUT" dari luar kotak penalti . Sarawak 2-0 Johor. Setelah gol tersebut, Sarwak membuat pertukaran keduanya apabila mengeluarkan Bobby Pian dan memasukkan Andy Kaso Sia yang direvertkan ke right wing. Sarawak berpeluang menjaringkan gol ketiga melalui gerakan setpiece yang menarik, namun Stuart Mclaren gagal menyempurnakan peluang tersebut biarpun penjaga gol sudah tertewas. Dan pada 5 minit terakhir, Mitchell akhirnya memasukkan pemain veteran , Ramos Sari yang diberikan tepukan gemuruh oleh para penonton. FULLTIME : Sarawak 2-0 Johor

*Minta maaf kepada pembaca yang kurang faham kerana laporan tersebut adalah dalam karangan bahasa tempatan Sarawak. Tetapi kebanyakan kosa kata boleh di fahami penutur Bahasa Melayu .

Apa yang pasti kemenangan ini memang disambut baik oleh penyokong setia pasukan Sarawak. Seteleh membelasah Perak Jenderata 4-1 di Lumut minggu lepas, ternyata keputusan 2-0 memang hadiah terbaik baik membalasa kepercayaan penyokong yang tidak pernah putus asa memberi harapan.

Masalah pada perlawanan - perlawanan sebelum ini berulang kembali. Ketidak upayaan barisan penyerang menjaringkan gol telah memaksa David Mitchell meletakkan hanya seorang penyerang dan mengenepikan terus khidmat Baranimir Mikulic yang belum dapat menunjukkan keupayaan sebenar beliau. Juga ketidak upayaan barisan tengah memberi perlindungan kepada barisan pertahanan telah memaksa David Mitchell meletakkan dua Defensive Midfielder. Ketangkasan Kamarulzamman banyak menyumbang kepada mata penuh pasukan Sarawak malam tadi, ternyata dia masih berupaya untuk memikul beban sebagai penjaga gol kebangsaan.

Dua lawan berturu ini; Perak Jenderata dan Johor bukan lah ujian sebenar buat pasukan Sarawak. Jika pasukan dari Bumi Kenyalang tidak memperkemas aksi, penyu akan menjanjikan seribu satu macam musibah. Barisan pertahanan yang kental menjadi taruhan terkini pasukan pantai timur ini. Dengan prestasi terkini skuad Bujang Senang banyak lagi usaha perlu digembeling bersama bagi memastikan sekurang - kurangnya satu mata di bawa balik ke Kuching dari Kuala Terengannu.

NGAP AJAK!

Monday, March 07, 2005

Terima kasih Selangor - Kedah


Image hosted by Photobucket.com
Keadaan Stadium Shah Alam setibanya saya di tempat duduk

Malam tadi saya dan sepupu saya menyertai, pada kiraan saya, tidak kurang dari 30,000 peminat bola sepak tempatan berkumpul di Stadium Shah Alam bagi menyaksikan perlawanan Selangor - Kedah.

Perlawanan yang memang dijangka akan menarik 'bumper' crowd ini menyaksikan pertembungan dua pasukan yang gah dengan sejarah masing - masing. Mengikut prestasi semasa, Selangor yang melahap setiap lawan nya pada saingan Liga Perdana kumpulan A mungkin tidak akan mempunyai masalah besar untuk melahap Sang Kenari. Tapi ternyata Kedah mempunyai agenda tersendiri apabila berakhir 90 minit perlawanan keputusan terikat 1-1. Agak malang bagi Kedah kerana gagal memanfaatkan beberapa peluang keemasan bagi mengakhiri terus persembahan cemerlang Selangor setakat ini.

Apa yang saya ingi bicarakan di sini bukanlah mengenai perlawanan itu. Saya mengambil keputusan untuk pergi sendiri ke Shah Alam bagi merasai kegilaan baru yang melanda negeri Selangor. Kesesakan lalu lintas bermula dari tol batu tiga lagi. Akibat daripada kesukaran untuk melalui trafik yang seumpama satu KL ke Stadium Shah Alam saya masuk ke stadium betul - betul setelah Khalid Jamlus menjaringkan gol pertama Selangor. Suasana stadium ketika itu bukan seperti apa yang saya jangkakan. Memang gempak - gempita. Jika pengkritik bola sepak tempatan, pemuja bola sepak luar negara ingin terus mengkritik kononnya keadaan tenat 'minat' penduduk tempatan kepada bola sepaknya, sila pegi Stadium Shah Alam untuk merasai sendiri betapa rakyat Selangor mencintai pasukan mereka.

Image hosted by Photobucket.com
Penyokong Selangor yang kurang senang dengan keputusan malam tadi

Dalam puluhan ribu peminat malam tadi, lebih dari separuh adalah dari kalangan bekeluarga. Kesemua tidak lupa untuk membawa anak - anak kecil masing - masing yang di sematkan dengan ikatan bandana 'Selangor Red Giants' dan dikenakan dengan t-shirt yang tertera nama B. Fuentes, Khalid, dan Ellie Aboy di belakangnya. Tindakan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Khir Toyo untuk berhabis - habis berbelanja bagi memastikan Selangor tidak kempunan lagi ternyata membuahkan hasil. Kini Selangor boleh berbangga dengan pasukan bola sepak antara yang terbaik di negara ini.

Image hosted by Photobucket.com
Tempat letak kerta yang penuh

Kita ambil metamatik mudah, pasukan hebat akan mengembalikan kepercayaan peminat kepada pasukan. Kepercayaan peminat akan di terjemah kepada kesanggupan untuk ke stadium walaupun semua sedia maklum kesesakan lalu lintas yang menyambut kehadiran di kawasan shah alam dan kesesakan lalu lintas yang menyusul selepas wisel penamat. Kehadiran puluhan ribu peminat akan memenuhkan kantung persatuan jua. Metamatik mudah. Untuk memastikan kejayaan sesuatu apsukan kesemua pihak perlu memainkan peranan masing - masing.

Image hosted by Photobucket.com
Penyokong Hijau Kuning yang tidak berputus asa memberi sokongan

Kehadiran tidak kurang dari 10,000 penyokong Hijau Kuningn malam tadi memberi saingan dari sokongan vokal kepada penyokong merah kuning. Ini satu senario sihat bola sepak tempatan. Rakyat kebanyakan ternyata masih menyayangi bola sepak tempatan. Usah risau FAM, mereka semua tahu tanggungjawab masing - masing. Sekarang lakasanakan tangungjawab anda. Kembalikan bola sepak pasukan kebangsaan ke tempat asalnya. Kembalikan kehebatan pasukan kebangaan, kesayangan kami.

Terima kasih Selangor dan Kedah kerana masih sayangkan bola sepak kita!

Victory at last!

Lawatan Bujang Senang ke Stadium Lumut malam tadi memang membuahkan hasil dan membawa perkhabaran baik kepada penyokong Bujang Senang di Bumi Kenyalang. Setelah seri 1-1 dengan PKNS, tumpas 3-1 di tangan Negeri Sembilan dan paling mengecewakan seri 0 - 0 dengan PDRM, kemenangan ini memang amat diperlukan oleh Davit Mitchell. Kedudukan kedua tercorot liga sebelum perlawanan bermula mengundang kritikan panas dari penyokong setia Bujang Senang. Ada yang menyalahkan David Mitchell kerana pemilihan pemain import yang tidak sesuai, tidak kurang juga yang menyalahkan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) di atas kepercayaan penuh yang diberikan kepada Davit Mitchell dalam pemilihan pemain, dan paling ramai yang menyalahkan kesemua pemain import Sarawak kerana tidak banyak memberi sumbangan kepada pasukan terutama sekali Shane Thompson dan Baranimir Mikulic. Tetapi kemenangan penuh bergaya 4-1 malam tadi sudah tentu memadamkan seketika api amarah rakyat Sarawak.

Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com Image hosted by Photobucket.com
Dari kiri..Stuart McLaren, Suharmin Yusof, Kamarulzamman

Gol jaringan pemain bek Fadli Kassim pada minit ke 10 membuka tirai jaringan Sarawak. Pada minit ke 35 Aiseksana PeterUaemabuo memastikan kedua pasukan ini terikat pada 1-1 pada separuh masa. Walauapapun yang di arahkan oleh David Mitchell kepada anak buahnya di bilik persalinan, ternyata membuahkan hasil kerana Sarawak bermula garang pada separuh masa ke dua. Suharimin Yusof yang dibeli dari Negeri Sembilan memastikan Sarawak mendahului lagi pada minit ke 55. Hasil latihan yang beterusan dilakukan oleh Kamarulzaman ternyata membuahkan hasil kerana pada minit ke 66 sepakan penalti nya menerjah gawang lawan membawa kepada kedudukan 3-1. Stuart Mc Laren memastikan Sarawak menenag bergaya apabila penalti pada minit ke 80 mematikan terus usaha Perak Jenderata untuk melawan.

Kemenangan pertama selepas 4 perlawanan liga telah meletakkan Sarawak di tanga ke 5 mendahului Johor FC hasil perbezaan gol yang lebih besar.

Satu ingin saya tekankan di sini, kesemua gol Sarawak kecuali jaringan Suharmin Yusof, dijaringkan oleh pemain pertahanan. Fadli Kassim, Stuart McLaren, dan Kamarulzamman. Ini bukan lah satu perkhabaran gembira buat kem Sarawak kerana ternyata barisan hadapan tidak befungsi dalam menterjemhakan aturan susunan permainan menjadi gol. Tumpuan perlu lebih banyak di beri dalam memastikan gandingan Mikulic-Suharmin dapat terus menjaringkan gol.

Apa - apapun tahniah buat pasukan Kenyalang, di harap kemenangan ini menjadi titik tolak kepada kejayaan yang lebih lagi di masa akan datang. Johor bertandang selepas ini. Jangan persiakan tonik yang datang dari perlawanan ini.

NGAP AJAK!

Alhamdulillah

Our first win. What took you so long?