Monday, August 11, 2008
Saturday, October 01, 2005
The return
A'kum dan salam sejahtera semua.
Setelah LAMA menghilang, kepada sesiapa yang ada datang melawat ruangan ini sudah tentu sedar sudah lama tiada update. Minta maaf semua, banyak yang berlaku yang mengarah kepada tidak berkembangnya blog ini.
Ok thats it for my 3 peminat setia out there...
Season baru dah nak start, aku pun mok start all over again lah.
InsyAllah aku akan kembla konsisten nulis kat ctok.
NGAP AJAK!

Tuesday, May 17, 2005
Monday, April 25, 2005
A 6 goals drubbing, when will this suffering ends?
Finally we let him go. It should have been earlier. But better late than never. Wahid Uji you are our saviour . Do your best pal. We have been rallying your name for ages. Revamp is the word now. Forget about Liga Super, forget about Piala Malaysia. Concentrate on surviving Liga Perdana B.
Dr. Abdul Rahman Junaidi, next up we want YOU!!! OUT!!!
Dr. Abdul Rahman Junaidi, next up we want YOU!!! OUT!!!
A 6 goals drubbing, when will this suffering ends?
Mohd. Hamzani Omar, Gergory Owen, Eddy Helmi, Ezaidi Khadar, dan Daudsu Jamalludin memberi hadiah selamat datang kepada Wahid Uji; jurulatih baru si bujang_senang mengganti David Mitchell.
Berita penyingkiran David Mitchell dari barisan pelatih skuad bujang_senang hanya disampaikan kepada pihak wartawan semalam bersama berita pembantaian terbaru skuad si bujang_senang. Berita penyingkiran David Mitchell telah lama belegar - legar di ruang forum bujang_senang tapi baru kini ia telah disahkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Dr. Abdul Rahman Junaidi.
Terlalu sedih untuk berkata - kata. Keadaan tenat pasukan Sarawak kini mengundang persaan hiba. :(

Saturday, April 16, 2005
Same old story?
Fulltime :: Malaysia 1 - Syria 3
A brave effort my fellow countrymen. Nobody actually put hope in all of you. But 'WE' did. Proud what you have achieved. To both the Jamal Nasir; "THINGS MIGHT HAVE BEEN DIFFERENT!!!'

Friday, April 15, 2005
Unleash the BEAST!!! Let it ROARS!!!
Pada kira - kira pukul 1.41 pagi waktu tempatan di Arab Saudi, Harimau Malaya akan meneruskan cabaran di peringkat suku akhir Sukan Perpaduan Islam. Syria memang bukan calang - calang lawan. Kedudukan ke 86 dunia berbanding 114 milik Malaysia sudah cukup menceritakan perbezaan 'standard' bola sepak kedua - dua negara.
Kira - kira 17 juta penduduk menetap di kawasan bergolak Asia Barat akan meletakkan harapan pada barisan 11 pemain yang akan menentang Harimau Malaya dari Asia Tenggara.
Ramuan Bisckei diharap cukup garing untuk memastikan 'masakan' enak menjadi santapan Shukor Adan dan anak buah. Selamat berjuang wira bangsaku.
Malaysia BOLEH!!

This is how you walk with your team
Kejayaan Liverpool malam tadi benar - benar telah membuka mata saya untuk bertanyakan kepada diri sendiri sejauh manakah kesetiaan saya kepada pasukan kesayangan saya. Kesetiaan jutaan penyokong The Reds telah terbalas malam tadi. Hasil daripada kesedaran baru saya ini saya telah menGOOGLEkan lirik lagu yang menjadi pegangan penyokong setia ini.
Walk on through the wind
Walk on through the rain
Tho' your dreams be tossed and blown
Walk on through the rain
Tho' your dreams be tossed and blown
Bahagian di atas lirik lagu You'll Never Walk Alone menceritkan bagaimana bukan kejayaan pasukan menjadi ukuran mereka. Walau apa kesusahan yang melanda, musibah yang melanda pasukan mereka, mereka tidak akan membiarkan Liverpool untuk 'bejalan berseorangan'.
Saa mula mempersoalkan kesetiaan saya kepada Harimau Malaya dan Bujang Senang. Adakah saya menepati ciri - ciri yang dimiliki oleh mereka ini. Mempunyai adik yang menyertai jatuh bangun pasukan Liverpool saya merasai sendiri kegembiraan ketika menang dan kesedihan ketika kalah. Lebih kalah dari menang. Tapi dia tetap dengan pasukan kebangaanya walaupun persekitaran lebih menghala kepada Arsenal, Manchester United dan kini Chelsea.
Gambar yang saya sertai di atas adalah gambar Jak Mania. Kepada yang tidak sedia maklum, Jak Mania adalah barisan penyokong pasukan PERSIJA dari Jakarta. Dua gambar di atas adalah gambar ketika perlawanan menentang PSMS dan PSS di liga tempatan Indonesia. Bukan senario lazim pada bola sepak tempatan kita di sini. Malang sekali dengan infrastrukur jutaan ringgit setiap kali perlawanan bola sepak tempatan tidak sampai suku tempat duduk dipenuhi (statistik ini mengambil perkiraan secara rambang =)).
Sokongan penuh dengan 'passion' memang bukan menjadi budaya kita. Seperti mana yoyo nya persembahan pasukan sokongan kita, begitu jugalah yoyo nya sokongan kita kepada mereka. Siapa yang perlu dipersalahakan? Tepuk dada tanya selera.

Congratulaitions; You will truly never walk alone! part II
Imej dari Turin dari perlawnan malam tadi mencerrtakan kegembiraan jutaan penyokong setia pasukan Liverpool. Raja bola sepak eropah era 80an ini akhirnya telah kembali ke tempat asalnya. Menyertai Chelsea, PSV Eiandhoven, dan AC Milan untuk menjadi 4 terkuat di Eropah.
Keputusan 0-0 cukup untuk menghantar anak buah Benitez untuk bertemu Chelsea di separuh akhir. Saya rasa cukup sudah ulasan mengenai perlawnan malam tadi yang anda semua telah baca di dada akhbar dan laman web. Oleh itu tidak perlu saya mengulas berkenaan perlawanan tersebut.
Di sini saya ingin menjadikan 'posting' ini satu 'tribute' kepada jutaan peyokong setia 'The Reds' di seluruh dunia terutama sekali kepada adik; Firdaus Mohamad di London. Saya tahu dan saya sedar keperitan yang anda semua alami memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan yang tengah melalui zaman suramnya. Dikala Manchester United, Arsenal dan kini Chelsea memegang tampuk kepimpinan pasukan elit England, penyokong Liverpool hanya mampu memerhatikan dari jauh.
Benitez menghadiahkan kemenangan ini kepada anda semua, anda memang layak merasai 'euphoria' pada malam tadi.
Kepada penyokong Harimau Malaya dan Bujang Senang jadikan pengalaman penyokong Liverpool malam tadi sebagai idaman. Teruslah memberi sokongan tidak berbelah bahagi. Kerana kejayaan melalui laluan penuh ranjau adalah kejayaan termanis. =)
Lirik lagu 'You'll Never Walk Alone' memang cukup menghibakan jika di dengar dengan teliti. Saya nasihatkan agar anda memuat turun lagu tersebut jika ingin merasa kehibaan yang saya dan sudah pasti jutaan penyokong liverpool di seluruh dunia rasai.
Jadikan ini iktibar, jadikan ini azimat penguat untuk kita terus menyokong Harimau Malaya dan Bujang Senang.
Ngap ajak!

When you walk through a storm
Hold your head up high
And don't be afraid of the dark
At the end of the storm
Is a golden sky
And the sweet silver song of a lark
Hold your head up high
And don't be afraid of the dark
At the end of the storm
Is a golden sky
And the sweet silver song of a lark
Walk on through the wind
Walk on through the rain
Tho' your dreams be tossed and blown
Walk on, walk on
With hope in your heart
And you'll never walk alone
You'll never walk alone
*ehsan KopTalk.com
Walk on through the rain
Tho' your dreams be tossed and blown
Walk on, walk on
With hope in your heart
And you'll never walk alone
You'll never walk alone
*ehsan KopTalk.com
Thursday, April 14, 2005
Congratulaitions; You will truly never walk alone!
Aksi Fadzli ketika menentang Indonesia
Dua jaringan opportunist dari Fadzli Shaari dalam masa 3 minit sudah cukup untuk memastikan Harimau Malaya mengaum kembali di peringkat Asia. Tidak sejak Sukan Asia 1974 di Tehran pasukan Malaysia layak untuk beraksi di Peringkat suku akhir di kejohanan luar Asia Tenggara. Satu tandukan dan rembatan padu cukup untuk menampakan ciri opportunist mirip Nistelrooy dan Inzaghi yang ada pada penyerang muda yang baru kembali dari England.
Tanyalah kepada mana - mana pemain bola sepak professional lain semua akan bersetuju nasib memang memainkan peranan yang penting dalam memastikan kejayaan dalam sukan bola sepak. Nasib kertas undian juga telah meletakkan Malaysia mendahului Maghribi sebagai pemenang kumpulan untuk bertemu Syria. Keputusan seri 0-0 dengan Maghribi pada perlawanan pertama menunjukkan kita mampu untuk bersaing dengan terbaik. Syria halangan seterusnya walau bukan 25 juta hati bersatu di bumi Malaysia, satu hati di sini tetap mendoakan kejayaan.
Malaysia BOLEH!